18 November 2014

Resepi Buah Melaka ala Borneo



Tengah malam ni tetiba teringin nak makan buah melaka. Tanpa segan silu terus mencari bahan kat stor..ala2 tikus. Maklumlah... lagi beberapa hari saja nak kembali ke tanah semenanjung :)

Jom kongsi resepi senang.

Buah Melaka ala Borneo

1 paket tepung pulut 500gm
1 paket serbuk santan
air secukupnya dicampur colour hijau
esen pandan ikut deria hidung masing-masing.
gula melaka (potong ala2 kiub)

Caranya yang sangat2 senang :

1. Campurkan semua bahan, uli sampai jadi doh, ambil sikit masukkan gula melaka dan bulatkan.
2. Rebus air, dah boil masukkan buah melaka, bila timbul maknanya dah masak.
3. Gulingkan atas kelapa parut yg dicampur secubit garam.
4. Buka mulut dan telan.

p/s: resepi ni jadi lembut sangat-sangat walaupun dah sejuk berbanding jika doh hanya diuli dengan air tanpa santan.


Terima Kasih

3 comments:

Butik GebuGebu said...

Memang favourite zarith kuih buah melaka ni =)

Najib Ariyan said...

terima kasih bagi resepi ni... tapi memang tak pandai buat.. kalau boleh main beli jer...

Adam Fahmy said...

Najib Ariyan : sesekali kena try..mana tau awak berbakat..hihih gifted yg tersembunyi :P

Butik GebuGebu : Kalau ada bahan rahsia nak kasi rasanya lebih menarik sharelah ya

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati