08 November 2014

Strategi ke arah BEBAS HUTANG 2015

Perkataan 'HUTANG' telah dicantikkan supaya tidak terasa bebanan dengan menukarnya kepada 'KOMITMEN'.

Keinginan memang selalu mengatasi kemampuan. Lebih-lebih lagi zaman sekarang bila ramai yang berlumba-lumba nak show-off dalam sedar dan acah-acah tak sedar di media sosial facebook, tweeter, instag dan lain-lain.(tak termasuk show-off rakan sepejabat dan jiran tetangga sebab dah dari dahulu kala ada kan? hehehe) Cara mudah adalah dengan membuat atau menambah 'komitmen' (termasuklah sy yang menulisnya) 

Apa yang cuba sy kongsikan di sini adalah mengenai target sy untuk mencapai sasaran Bebas Hutang sebelum atau pada 2015. Usaha ni sudah dijalankan bermula awal tahun ini (2014), namun nak mencapainya sudah hampir 70%. Bebas hutang yang sy maksudkan di sini ialah bebas dari hutang pinjaman peribadi, pinjaman belajar, pinjaman kereta dan kad kredit.

Benar, tanpa berhutang kita mungkin agak sukar untuk memenuhi keperluan harian dan mencapai sesuatu (terutama loan study) tapi pepatah 'bersusah dahulu bersenang kemudian' jgnlah dilupakan. Setelah melalui fasa beban hutang seawal tahun 2006 (freshie government servant), sesuatu berlaku...dan sy baru tersedar akan nikmatnya hidup tanpa dibebani hutang. Terasa rindu nak menjalani hidup macam zaman belum ada komitmen.... tak perlu pening-pening memikirkan hal-hal financial yang adakala seakan tak mampu untuk dibayar :P

Tambah tertekan bila ada kelewatan atau tunggakan...sure rasa fed up nak jawab panggilan telefon dari bank-bank. Hidup tak aman... rasa stress meluap-luap... lagi best kalau dah disenarai hitam :P



Apa yang sedang saya lakukan sekarang untuk capai target ialah :

1. Senaraikan komitmen yang sedia ada, asingkan yang mana keperluan dan mana kehendak (keperluan tu mcm kereta dan loan study....kehendak yang terbabas tu mcm kad kredit!!)

2. Hadkan perbelanjaan 'Joli Katak' setiap kali gaji, dan usaha kan sumber pendapatan halal lain (biarpun sikit ...jangan merungut!!!!! xbaik tau...), 

3. Terapkan dalam diri amalan 'wasatiah'... bersederhana dalam banyak perkara..insha allah anda akan terbiasa mensyukuri rezeki yang ada.

4. Tambahkan jumlah pemberian wang bulanan kepada mak & ayah dan mohon mereka doakan keberkatan hidup dan rezeki anda (percayalah anda tidak akan rugi.. doa mereka adalah kad discount semua usaha ni! heheh..)

5. Tunaikan zakat dan sedekah.. (sedekah ada banyak cara..wang tunai.. tenaga.. makanan..dan macam-macam lagi) Lagi banyak diberi..banyak lah rezeki lain yang kita dapat insha allah..

6. Jika ada hutang kad kredit, itulah yang mula-mula perlu anda jelaskan dan tutup akaun! (Kad kredit adalah silent killer yg bersembunyi dalam wallet anda.. selalu membisikkan...shopping..shopping... heheheh)

7. Berdoa supaya istiqomah melakukan semua ini!

Inilah tujuh perkara yang sedang dilaksanakan, insha allah tidak lama lagi akan menuju ke dunia bebas hutang! Doa-doakanlah ya.... Anda bagaimana?



p/s : impian beli sebuah rumah secara tunai, tak tercapai sebab di luar kemampuan. Atas sebab inilah sy membebaskan diri dari segala hutang sebelum bersedia untuk komitmen rumah pertama :) dan berazam itulah komitmen terakhir yang akan sy lakukan.


Terima Kasih

4 comments:

Nor Nadia Syakila Jamal said...

Perkongsian yang sangat bermakna!
Samalah jugak, bebas hutang pada tahun 2015.

Adam Fahmy said...

Nadia... bukan senang kan rupanya nak capai target :) hihih

Hana Khairi said...

chaiyok2 try ur best..lagila tahun depan ada gst mungkin lebih perit

Adam Fahmy said...

Hana Khairi... tengkiu.. tu lah..persediaan mental & fizikal :P . hehehe

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati