08 November 2014

Tips kenalpasti jangkitan Chicken Pox dengan MUDAH!

Esok pagi ada tugasan yang perlu diselesaikan. Sesi Health Talk bersama 300 crew kapal dengan topik 'Chicken Pox' memandangkan ada 2 kes yang dilaporkan berlaku dalam masa 2 minggu ini dalam kapal. Maklumat ringkas dan sedikit tips paling mudah untuk membantu anda mengenalpasti sama ada benar-benar chicken pox atau penyakit lain.

Kanak-kanak biasa dijangkiti penyakit ini dan jika tidak dirawat memang tinggi risikonya untuk mendapat kesan buruk jangkamasa panjang kepada tubuh. Orang dewasa tak terkecuali cuma agak jarang berlaku.

Tips untuk ibubapa kat luar sana untuk mengesan jangkitan Chicken Pox ialah:

1. Selepas dijangkiti virus "Varicella", akan ada demam (adakala demam yang tak disedari...sekejap saja dalam 24jam, lepas tu dah rasa sihat wal-afiat:P)

2. Hari kedua mula berasa gatal dan ada ruam bintik-bintik halus kemerahan. Pada masa ni, ambil torchlight suluh dalam mulut, anda boleh kesan ruam yg sama di langit-langit!!!

3. Hari ketiga ruam bintik merah mula ada air dalamnya.

Inilah tips yang mungkin membantu anda untuk mendapatkan rawatan lebih awal. Tanggapan hanya sekali seumur hidup akan dijangkiti hanya mitos. Ia bergantung kepada daya tahan tubuh anda.

Semasa dijangkiti dan dalam rawatan, silalah mandi dengan kerap... untuk pastikan kebersihan dan mengurangkan bakteria pada tubuh. kalau tak mandi..gatalnya... kesian kat anak-anak. Jangan lupa minum air masak dengan lebih ok!




Gambar ehsan google ni dpt beri sedikit gambaran. Pic ni juga sy guna dalam slide.. malas nak scan :P


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati