17 December 2014

Proses Membuat Passport Antarabangsa

Bertuahnya kita di Malaysia sebab bila-bila masa boleh ke luar negara ikut kemampuan. Hihihi... untuk urusan passport international, mulanya sy gigih ke Presint Diplomatik, Putrajaya. Rupanya dah pindah kat Menara Ikhlas Presint 2. Sebelah dengan Palace of Justice. Kalau tak tau kat mana... follow je signboard Kompleks Pentadbiran Kerajaan. Pastu cari bangunan kehakiman mcm masjid kat jalan utama selepas bulatan masjid Putrajaya. Tak pun guna waze je..hihi..

Proses sangatlah xlama. Walaupun no giliran sy 1113 dan no sekarang ialah 1060. Ringkasnya:

Pendaftaran dan shooting 30 minit.
Bayaran passport 15 minit
Serahan passport 1 jam

Haaa... cepat kan? Walaupun ramai orang tapi selesa sebab luas, bersih dan sejuk. Kutu2 pun xada dah..xmacam dulu. Xperlu bawa apa-apa kecuali duit dan mycard.

Gambar diambil on the spot.. so make sure muka fresh dan baju sesuai. Sy datang dengan tshirt round collar.. hihi.. tapi ok je. Klu nk coat disediakan free. Sy xpakai.. hihihi.. sajer... konon2 nampak muda...

Bayaran pulak RM100 utk 2 tahun dan RM300 utk 5 tahun. Staff sini murah senyuman dan cantik kacak bergaya. Sejuk mata memandang.

Syukur xdihidangkan drama gaduh-gaduh kat kaunter. Hihihi... sy dah terbiasa dengan drama kecoh2 kat kaunter jabatan kerajaan.

P/s : kalau muka macam sabah sarawak.. sure staff dia akan tanya sebab dapat special line yer..kosong je. Untung lah..hihihi.. sy ditanya tp sygnya sy org Johor! Hihihi... proud to be Johorian gituhhh


Terima Kasih

16 December 2014

Sertai Senaman Aerodance Secara Percuma!

Bertapa beberapa minggu untuk fokus kepada bisnes konon2 yg baru bermula. Banyak entri yg belum ditulis lagi. Apa yg dapat dikongsikan melalui aplikasi Blogger android ni ialah satu program percuma yg boleh memberi manfaat kepada kita semua hujung minggu ini!

Salah seorang kareografer adalah kawan baik sy yg memang mantap dan mahir dengan pergerakan mudah dan pemilihan lagu yg update.. catchy segala..  Pasti anda akan lebih semangat untuk bersenam selepas ini. Jangan lepaskn peluang bagi yg duduk berdekatan ok. Selalunya event berbayar tapi kali ni PERCUMA.

Jom kawan2! Kita buang toksin2 dlm badan ni.


Terima Kasih

11 December 2014

Album Tarannum Sharifah Khasif Terbaik!!

Alhamdulillah.. pencarian hampir 3 minggu akhirnya berbaloi. Berjaya juga dapatkan album Sharifah Khasif - Tarannum Surah Pilihan. Saya beri 5 bintang untuk keseluruhan album termasuklah audio dan vocal mantap beliau.

Tak rugi kalau anda jadikan album ni peneman.. simpan dalam smartphone masing-masing. Dengarlah.. insha allah boleh perbaiki sebutan dan bacaan kita. Sebenarnya saya menanti bacaan surah pilihan yang lebih panjang seperti surah ar-rahman, al-mulk, al-fussilat dan lain-lain. Bacaan ini penyejuk hati....mendamaikan.

Saya ingin kongsikan manfaat beberapa surah yang diajar oleh Ustaz saya dulu dan diamalkan. Bacaan surah ar-rahman boleh membantu memupuk rasa kasih syg dlm diri kpd insan dan mahkluk keliling..rasa ehsan dan kasih yg luar biasa selain urah lainnya. Surah al-mulk pula manfaatnya semasa mati kubur akan diterangkan dan diluaskan.. wallahualam.. Mungkin xbanyak yg diamalkan.. cubalah mulakan yg sedikit. Insha allah...


Terima Kasih

10 December 2014

Network rezeki yang tak putus

Alhamdulillah.... syukur dengan perjalanan rezeki yg Allah beri. Agak sibuk sejak akhir-akhir ini dengan banyak perkara walaupun sebenarnya sedang bercuti. 

Impian miliki perniagaan tercapai biarpun konon-konon saje. Hihihi... last week sudah didaftarkn FarmBerry & Network utk aktiviti jual beli kambing dan bebiri secara sah. Insha Allah pada March nanti akan dimulakan jualan secara rasmi. Viewers bolehlah jengah-jengah dan like page facebook sy.. www.facebook.com/farmberrynetwork. Buat masa ni aktiviti persiapan dan info-info berkaitan ternakan dimuatkan. Sejujurnya sy xterfikir akan terjebak dalam bidang ternakan. Persiapan agak rumit juga terutama dari segi kepakaran. Mujurlah ada sahabat yg mahir sudi membantu.

Dalam masa yg sama juga sy terima permintaan untuk buat hantaran version Mr.Cupid dari kenalan2 yg tak berapa nak kenal. Hihihi... kiranya customerlah. Rezeki tak terjangka... sy decide untuk buat secara sambilan. Kebetulan bercuti panjang, dapatlah sy terima tempahan tapi dihadkan. Ye lah takut banyak sangat tak berkualiti pula. Lebih-lebih lagi sy perlukan idea berdasarkan impian, kenangan dan kisah cinta pengantin untuk digubah. Hihihi... bunyi macam pelik tapi itulah yg sy buat. Boleh jengah ke mrcupidcreations.blogspot.com untuk tengok hasil tangan yg biasa pegang stetoscope dan pesakit. Hihihi... dalam minggu ni sy akan daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Moga semua perjalan lancar...

Kepada semua pembaca... terima kasih untuk sokongan anda!


Terima Kasih

07 December 2014

Manfaatkan roti hampir expired anda! - Spicy Sausage Cheese Roll


Spicy Sausage Cheese Roll ni sangat sesuai untuk anda yang xtau nak buat apa kat roti potong yg dah dekat expired tu. Selama ni tengok saja orang jual kat kedai tu...rupanya buat sendiri lagi best :P

Caranya senang, leperkan roti potong sekeping demi sekeping, alaskan slice cheese dan taburkan serbuk cili atau rempah kari dan sausage, roll dan tampal dengan telur sikit, roll kan pulak atas serbuk roti. Pastu goreng..roll kan jugak dlm minyak tu... senang?

Jom cuba :)

Spicy Sausage Cheese Roll 

Bahan-bahannya:

Roti potong secukupnya.
Sausage secukupnya juga
Slice cheese
Rempah kari atau serbuk cili meletop
Telur
Bread crumbs @ serbuk roti


nilah rupanya sebelum digoreng


Terima Kasih

My Asam Pedas Linda Onn Tidak se-Gah Nama

Maaf...xakan datang lagi, serik dan pembaziran besar.

Itulah ungkapan jujur selepas mengunjungi My Asam Pedas Linda Onn Ampang. Biarpun pada 2009 sy pernah mengalami pengalaman agak buruk di sana, kali ini sy datang dengan harapan selepas berhijrah ke Miri, Sarawak. Kedatangan saya sekeluarga disambut baik oleh seorang crew restoran, yg lainnya melepak di bahagian luar, mungkin tiada customer lain. Benar... memang hanya kami ketika itu.

Crew bertukar ganti yang serve, kami sekeluarga dihulur hanya sebuah buku menu. Mulanya sy hanya menanti. Kebiasaannya mana-mana tempat makan (gerai sekalipun!) setiap seorang diberikan menu, paling tidak berkongsi 2 orang untuk sebuah menu. Ternyata silap, masa terbuang begitu...sy pun minta menu lainnya, crew restoran yang ke hulu ke hilir seolah tak ada rasa apa, hulurkan sebuah saja lagi. Oklah...kami share 2 buah buku menu untuk 4 orang. Xkisahlah.....

Selepas tergoda dengan presentation makanan pada buku menu, kami pun mulalah order seadanya. Crew restoran pun mengambil pesanan (maaf, perlu latih individu yang lebih mesra rasanya... body language, eye contact..fail!), dan beredar tanpa mengulang semula apa yang telah dipesan. Mungkin sudah expert...

Lebih kurang 10 minit selepas itu, customer mula memenuhi ruang restoran. Belum boleh dikatakan sebagai 'crowded'...   minuman pesanan masih juga belum sampai. Selepas 15 minit barulah kami dihidangkan dengan minuman. Maaf ya, crew restoran hanya meletakkan air atas meja dan berlalu. tertunggu-tunggu juga...kebiasaanya pelayan akan jelaskan mana satu juice bla..bla..bla...  Kami sedar ada item yang bukan kami order (Sour plum dgn orange juice sgt berbeza bukan?). Ambil masa juga nak dapatkan crew yang hanya lalu lalang tanpa pandang table customer. Entah apa yang disibukkan. Akhirnya adalah crew yang terpaksa melayan kami utuk betulkan order, tanpa rasa bersalah...terus saja diambilnya resit pada meja dan terus berlalu. Kemudian datang lagi seorang crew tanya lagi order air apa, sedangkan dah jelas resit meja tertulis dan dialah yang mengambil order kami. Ayatnya lebih kurang begini ' baru nak order ke ape ni? air ape?' Mimik muka agak menyembalkan..... :(

Ruang restoran mula meriah dengan suara customer. Pesanan table lain yang lebih ramai dari kami (pesanan makanan mangkuk besar!!) sudah dapat makanan dan banyak juga yang sudah dimakan. Table sebelah pun sama..walhal kami yang sampai jauh lebih awal. Kami pun dapatkan crew lagi.... 'adik makanan kami mana ya?' Jawab crew restoran ' haa.... tengah masak kat belakang' dengan muka selamba dan uncungkan bibir ke arah dapur! agak biadap dan blah macam tu saja. ??????????

Selepas hampir 20 minit baru lah makanan pertama sampai, nasi goreng kampung dan sotong goreng tepung (jangan terkejut ya dengan gambarnya nanti). Menjadi kebiasaan kami sekeluarga untuk menunggu hidangan lengkap baru mula makan, tapi tempoh makanan seterusnya sudah cukup merimaskan. Anggaran 5 minit kemudian asam pedas ikan jenahak sampai tanpa nasi putih. Takkan nak hirup kuah tu...betul tak? Nasi putih dah pesan tapi tak dapat juga...

Agak malas nak set kan masa yang jelas membikin panas di hati, lebih kurang asam pedas dah sejuk barulah crew restoran datang tanya nak nasi putih berapa? Sedangkan sudah dijelaskan semasa order tadi. Kemudian sampailah nasi goreng seafood sejuk. Jangan ditanya tentang rasa dan presentation sebab sangat menyedihkan.. tawar , tidak cukup rasa! Sejukkkkk...... 

Masih ada 2 lagi pesanan makanan belum sampai. Nasi Ayam Penyet dan Asam Pedas Daging. kami semua dah lapar, sekali lagi crew restoran jawab sambil berlalu ' dah..dah..tengah masak!' OMG

Mood nak makan memang dah berubah...... akhirnya sampailah nasi ayam penyet. Kami pun mula makan sekeluarga. Agak sedih bila mak dan abah hilang selera dan hanya sentuh makanan seadanya. Pesanan akhir masih belum sampai lagi, belum sempat crew restoran jawab dengan ayat typical... sy terus cancel. Sempat lagi crew tersebut buat muka terkejut 'cancel? jadi abg nak cancel ke?' itulah ulangan ayatnya... Entah bahasa apa yang perlu digunakan! Tidak menjawab dan kami terus makan dengan hati yang panas. Tak terhabis, kami pun buat pembayaran dan beredar keluar.

Inilah sedikit makanan yang sempat dirakam semasa mood masih baik.


Nasi goreng rasanya agak tawar dan sejuk. Hiasan dengan sehiris timun saja.


Sotong Goreng Tepung yang sangat menyedihkan....rasa tertipu sangat dengan gambar dalam menu bawah ni




 Dekorasi restoran agak baik berbanding sebelum ini.


Harga dengan service dan makanan yang diterima. Sepatutnya dengan jenama restoran yang agak gah..tak sepatutnya berlaku begini. Jika ditanya adakah saya akan datang lagi?

TIDAK.

Apa yang dialami tidak membantutkan hobi jalan-jalan singgah makan saya! Entri selanjutnya akan dikongsi pengalaman makan di sebuah restoran eksklusif yang sangat menarik!

p/s: "Crew Restoran" adalah merujuk kepada adik yang melayan, istilah pelayan amat tidak sesuai dengan apa yang dialami. Jika anda seorang yang sangat menghargai masa, ini bukanlah restoran yang sesuai.





Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati