10 December 2014

Network rezeki yang tak putus

Alhamdulillah.... syukur dengan perjalanan rezeki yg Allah beri. Agak sibuk sejak akhir-akhir ini dengan banyak perkara walaupun sebenarnya sedang bercuti. 

Impian miliki perniagaan tercapai biarpun konon-konon saje. Hihihi... last week sudah didaftarkn FarmBerry & Network utk aktiviti jual beli kambing dan bebiri secara sah. Insha Allah pada March nanti akan dimulakan jualan secara rasmi. Viewers bolehlah jengah-jengah dan like page facebook sy.. www.facebook.com/farmberrynetwork. Buat masa ni aktiviti persiapan dan info-info berkaitan ternakan dimuatkan. Sejujurnya sy xterfikir akan terjebak dalam bidang ternakan. Persiapan agak rumit juga terutama dari segi kepakaran. Mujurlah ada sahabat yg mahir sudi membantu.

Dalam masa yg sama juga sy terima permintaan untuk buat hantaran version Mr.Cupid dari kenalan2 yg tak berapa nak kenal. Hihihi... kiranya customerlah. Rezeki tak terjangka... sy decide untuk buat secara sambilan. Kebetulan bercuti panjang, dapatlah sy terima tempahan tapi dihadkan. Ye lah takut banyak sangat tak berkualiti pula. Lebih-lebih lagi sy perlukan idea berdasarkan impian, kenangan dan kisah cinta pengantin untuk digubah. Hihihi... bunyi macam pelik tapi itulah yg sy buat. Boleh jengah ke mrcupidcreations.blogspot.com untuk tengok hasil tangan yg biasa pegang stetoscope dan pesakit. Hihihi... dalam minggu ni sy akan daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Moga semua perjalan lancar...

Kepada semua pembaca... terima kasih untuk sokongan anda!


Terima Kasih

2 comments:

Najib Ariyan said...

saja jer cadangan ni yer... selain kambing tanak ke ternak angsa atau ayam belanda atau ayam api yg lebih kuat dari ayam itik... selalu orang ternak kambing sebab kambing ni lebih kuat dari lembu

Adam Fahmy said...

Tima kasih utk cadangan Najib. Mcm comel je kan nk ternak angsa dan ayam belanda.. hihi..boleh dipertimbangkan pd masa mendatang. Buat masa ni fokus kt kambing dulu sb pasaran. Nt dah stabil... nk ternak lain2 pula..thanks ya!!

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati