19 November 2015

Ben's ... untuk Pencinta Western Food.



Mula melangkah ke sini dah terpampang tagline yang buat saya tersenyum. Inilah kali pertama makan-makan kat sini. Ekslusif dan bersih!

Lokasinya dalam KLCC level C. Sampai saja di pintu, 'Door Person' sambut kami dengan senyuman. Macam biasa.. dibawa memilih tempat duduk dan saya pilih meja dengan sebahagian kerusi dan sofa.

Ada dua bahagian dinning, yang ni sebelah dalam nampak lebih selesa dan romantis dengan lampu-lampu oren detiap meja. Kalau snap pic un boleh nampak ala-ala heaven kot..

Ni di sebelah kiri tempat duduk. Dapurnya teramatlah clean & clear.. Crew restoran pula sentiasa bersedia untuk membantu, terutama melayan customer yang nak itu ini, kejap-kejap nak order lagi.. hihi

Pilihan makan kat sini memang banyak dan tersusun dalam menu, cuma bagi anda yang tak biasa order makanan tanpa gambar pasti akan tertanya-tanya presentasi makanan yang diorder nanti! Mujurlah kawan yang bermurah hati bawa saya ke sini expert bab menu-menu makanan western.

Inilah menu dengan type font yang romantic... walaupun tak ada gambar, penerangan ringkas di bawah menu banyak membantu orang kebanyakkan macam saya ni .. :)

Setelah menghadamkan buku menu, inilah yang kami order untuk dua orang makan:

Peminat tea... dah kenyang katenyer jadi cukup minum English Breakfast -myr10.00

Iced Mango Tea - myr10.00 (special sebab bukan sekadar teh uncang. Ada puri mango dalamnya dan air gula di serve asing, sesuai untuk orang yang acah-acah diet macam saya)

Salad pilihan : Chargrilled Chicken & Baby Cos myr28.00. Tertanya juga baby cos tu haper.. rupanya anggur. Salad ni dressing dia sangat sedap. Bukan sekadar salad dressing instant. Ada bacon keping-keping yang crunchy. Ketulan ayam panggang tu besar sangat tapi style juga bila dimakan. Keseluruhannya salad ni sedap!

Sandwich pilihan pula Mexicana Tortilla myr28.00. Bukan wrap biasa-biasa.. ada avocado dalamnya jadikan taste sedap. Cuma tortilla agak liat-liat manja.. sos yang dimakan dengan nachos tu biasa saja.

Pasta yang ni menu paling ditunggu. Beef lasagna myr33.00 yummy! Kepingan lasagna yang sangat empuk...cukup rasa. Kiranya suapan pertama sudah cukup buat mata saya terpejam-pejam menikmati kesedapannya! heaven acah-acah... Salad sebelahnya tu lagilah... ada crunchy2 kuaci, kacang apa tah lagi. Saya makan sendiri tak sempat nak offer kawan rasa salad ni. Dressing pun simple dan lazat.

Ni additional order memandangkan perut masih boleh diisi. Apple Cramble Tart myr14.00. Pastry tart memang terasa bukan instant punya doh. Intinya adalah campuran apple hijau dan apple merah yang dipotong dadu besar. Best dimakan dengan ice-cream vanilla.

Keseluruhannya memang puas hati. Bermula dari layanan crew, keselesaan dan suasana restoran yang eksklusif, presentation makanan (taste dan portion makanan agak besar dan mengenyangkan!) Jika anda peminat western food, bolehlah berkunjung ke sini. Untuk maklumat lanjut, boleh click link ini ya! Ben's KLCC




Sebelum balik sempat saya snap bahagian hadapan restoran. Muka subjek terpaksa ditutup sebab tiada keizinan untuk publish muka. hihihi... exclusive jugak agaknyer..Terima kasihlah open table ya :)

p/s: datang time perut lapar lebih berbaloi sebab portion makanan agak banyak untuk single order.



Terima Kasih

13 September 2015

Grilled Lamb Leg ala FarmBerry

Hai semua... resepi nak share kali ni western tau. Saya tak sempat nak ambil gambar sebab terlupa.. excited nak serve kat tetamu dan makan sendiri.

Ok ni resepinya.

Grilled Lamb Leg

1 bahagian kaki kambing frozen
Serbuk cili
Lada hitam kisar halus
Serbuk pati ayam
Setengah biji nenas
Garam
Rosemary kering
Olive oil

Carrot, bawang holland dan celery

1. Blender nenas dgn sedikit air. Campurkan semua bahan kecuali olive oil. Jadikan macam paste dan marinate keseluruhan lamb leg.

2. Potong celery, bawang holland, carrot dadu besar. Susun dalam dulang pembakar. Dan letakkan lamb leg yang dah marinate. Taburkan atasnya lebihan bawang, celery dan carrot tadi. Percikkan olive oil.

3. Letakkan air sedikit dalam dulang pembakar. Petua ni supaya daging maintain juicy. Bakar pada suhu 200 ke 220 darjah celcius dalam 30 minit. Terbalikkan dan bakar lagi dan bungkus lagi. Pusing 30 minit lagi.

4. Bila dah masak, jgn buka foil. Biarkan dlm oven hingga separuh sejuk. Potong dan hidang...

P/s: hiris nipis untuk kelazatan meletop ok!


Terima Kasih

12 September 2015

FarmBerry Park impian yang menjana pendapatan..

Pejam celik...dah 7bulan FarmBerry beroperasi. Bermula dengan beberapa ekor kambing utk dijadikan taman mini yang comel, satu persatu berubah. Semua mula berubah sejak lahir baby pertama dan kedua selang sehari..

Orang mula datang ke sini..untuk melawat, ambil gambar, bagi minum susu botol pada anak-anak kambing yang comel, belai kambing.. bagi makan dan macam-macam. Kumpulan pelajar membuat projek penyelidikan juga datang. Permintaan untuk membeli kambing juga bertali arus... sekaligus merubah idea asal FarmBerry yang hanya sebuah taman terapi stress saya dan sahabat.

Sehingga ke hari ni, FarmBerry telah membawa keluar masuk stok kambing dan biri-biri untuk aqiqah dan kenduri, menjual susu asli segar, menjual kambing hidup, menjual daging kambing siap masak dan terbaru kambing golek. Semua macam mimpi...

Mungkin ini yang dinamakan rezeki.. dalam masa terdekat sebuah lagi idea dan usaha di bawah label FarmBerry akan dilaksanakan. Tanaman pokok limau nipis dan fertigasi cili padi. Ada peluang... saya dan sahabat tak nak lepaskan peluang.. kebetulan pula pusat pengumpulan hasil pertanian telah diwujudkan tak jauh FarmBerry untuk pasaran hypermarket seperti Tesco dan Giant.

Impian saya dan sahabat kini berubah.. dari impikan sebuah taman kambing yang unik, ia dah jadi sesuatu yg menjana pendapatan walaupun secara part time. Harapannya semoga suatu hari saya dan sahabat dapat beri peluang pekerjaan kepada anak muda sekeliling..membantu mengerjakan projek kami. Walau macam mana pun.. saya tetap nak kekalkan taman FarmBerry sebagai taman kambing yg bersih, comel dan tidak berbau..

Anda boleh follow page facebook dan instagram FarmBerry untuk lebih banyak info tentang taman impian saya.. hihi

Fb: Farmberry Network
Instag: farmberry_network

Mungkin sudah tiba masa saya tinggalkan kerjaya di offshore bagi memberi fokus kepada FarmBerry. Keputusan sudah ada.. cuma menunggu masa terbaik. Insha allah..


Terima Kasih

11 September 2015

Jalani ujian Ultrasound dengan kos terbaik!

Hampir 10 tahun persahabatan saya dengan Al-Sharifie (gelaran semasa kami berkhidmat di Klinik Kesihatan Kg Pandan,KL) dan lebih kurang 3 tahun juga xberjumpa.

Baru-baru ni saya sempat singgah di 'istana idaman' baru sahabat saya ni. Dulunya cuma cakap2.. sekarang semua jadi kenyataan bila wujudnya Hanan Healthcare.. Klinik Hanan ni klinik peribadi sahabat saya yg beroperasi kat Shah Alam,Seksyen 7. Bersebelahan dengan SME Bank.. kawasan perindustrian.

Di sini, selain rawatan pesakit luar... perkhidmatan radiology seperti xray, ultrasound dan lain2 boleh anda dapatkan pada harga sederhana dengan peralatan canggih! Layanan staff hinggalah ke doktornya (Dr.Al Sharifie) memang first class! Saya kenal beliau seorang yang tinggi budi bahasa, besederhana dan penuh kasih sayang.. saya tak terkejut kalau klinik Hanan dihujani pesakit tak berhenti 😊.

Klinik ni sangat selesa sebab tak perlu menunggu lama untuk berurusan. Pasti anda puas hati. Boleh tanya Mr.Waze untuk lokasi sebab saya dah daftarkan gambar dan lokasi di situ. Jemput datang ya!

P/s: semoga persahabatan ini kekal ke akhirnya. amin. Hargailah persahabatan bila memilikinya. 😊


Terima Kasih

10 April 2015

Pahit Manis sebagai 'Offshoreman'...

Diam tak diam sudah setahun 7 bulan saya meninggalkan kerjaya pensyarah dan berjasa di mini hospital tengah laut biru. Kepuasan kerja yang sangat berbeza. Di sini tidak banyak protokol yang perlu dipatuhi selain aspek keselamatan.

Rindu pada kerjaya mengajar memang tak pernah pudar. Mujurlah di sini saya juga perlu membuat aktiviti 'teaching' acah-acah... seperti latihan pasukan bantuan perubatan kecemasan, health talk dan lain-lain. Jadi tak hilanglah skill communication yang dipungut semasa Teaching Methodology Course dulu..

Bulan April bukanlah bulan yang digeruni kerana keadaan weather yang stabil walaupun cuaca panas membara di luar kapal. Untung lah saya bertugas dalam kapal.. terselamat dari dugaan panas membara. Hihihi..sejuk membeku..

Blog agak sepi kerana line internet yang agak terhad. Bila line ok barulah semua post dipublish secara auto. Ini bukanlah penghalang untuk tidak menulis. Sokongan pembaca dan hasrat saya untuk menjadikan blog ini sebagai kenangan kepada keluarga bila sudah tiada... menguatkan lagi minat menulis.

Saya share kan gambar-gambar terbaru menjalani hidup di sini..


Terima Kasih

Cubaan Menu Seafood Gratin

Saya bukanlah penggemar seafood. Tapi sejak dah berhari-hari makan ayam.. tekak ni dah ubah selera. Resepi ni saya belajar dari Western Cook yang mesra saya panggil Abang Abd Rahim. Orangnya senior yang tak lokek ilmu. Senyum memanjang...masakan memang superb delises segala....orang Sarawak.

Ramai dah Cook yang saya jumpa. Abang Abd Rahim antara yang paling teliti memasak dan resepi masakannya agak mudah tanpa menghilangkan ciri-ciri asli western food. Lama juga saya mengintai dia di dapur sebelum dapat curi ilmunya. Memang boleh dikatakan sayalah peminat nombor 1 masakan beliau atas kapal ni. Doa saya semoga beliau sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. Aminnnn....

Resepi ni saya pilih sebab mudah dan sedap. Rebus dan bakar.

Seafood Gratin Mr.Cupid

Bahan-bahannya:

800gm - 1kg isi ikan dori
Sotong putih secukupnya
Udang dibuang kulit
Isi kerang
*ikan dan sotong dipotong hiris atau cube.

Bahan white sauce:

Butter untuk tumis
Bawang holland 1 labu
Garlic 1 labu
Bay leaves sekeping dua
Tepung gandum dan susu segar
*boleh rujuk post terdahulu untuk cara membuat white sauce.

Mozarella dan cheddar cheese secukupnya untuk dibakar.

Cara-cara membuatnya:

1. Rebus semua bahan seafood hingga empuk dan toskan.

2. Campurkan dalam bekas semua seafood tadi dengan white sauce.

3. Masukkan dalam bekas pembakar, taburkan cheese dan bake 15 minit atau lebih hingga cheese keperangan.

Sekali sekala ubah citarasa apa salahnya kan? Cuma modal agak mahal sikit kalau pilih udang besar dan sotong gemuk.. hihihihi.... kalau modal tipis, guna udang kecil pun boleh...

Selamat mencuba!


Terima Kasih

31 March 2015

Aiskrim Kelapa Homemade ala Vietnamese

Mimpi apa agaknya... inilah hasilnya bila tak ada apa nak dibuat. Aiskrim kelapa ala-ala Vietnam yang sempat saya belajar dari seorang rakan. Aiskrim ni best sebab tak perlu gunakan telur mentah. Telur mentah memang bagus tambah-tambah untuk jadikan aiskrim gebu.

Boleh cuba sendiri di rumah sebab kosnya murah. Kalau nak lagi sedap guna isi kelapa muda..tapi kelapa parut biasa pun bagi efek delises yer.. Sekali sekala buat sendiri, boleh kurangkan manis, kalau ada yang menghidap kencing manis.

Jom!


Aiskrim Kelapa Homemade ala Vietnamese 



400ml fresh milk
4 sudu besar gula pasir
4 sudu besar kelapa parut (saya guna yang dalam tin sebab tak ada fresh kelapa parut)
400ml santan kotak
1 sudu besar tepung jagung
kacang tanah panggang (salted pun ok)


Cara membuatnya :

1. Cairkan tepung jagung dengan beberapa sudu fresh milk, sampai jadi likat.

2. Didihkan dalam periuk, baki fresh milk tadi + santan dan gula. Boleh kurangkan gula jika suka.

3. Masukkan campuran tepung jagung tadi. Kacau lagi hingga mendidih seketika. Tutup api dan biarkan betul-betul sejuk. Masukkan kelapa parut. Kacau rata.

4. Alihkan dalam bekas plastik, atau bekas aiskrim dan sejukkan dalam freezer sekurang-kurangnya 3 jam.

5. Nak hidangkan, boleh guna scoop ice cream, taburkan kacang tanah. Siap!


Selamat Mencuba!

p/s: nak gambar cun..boleh guna Samsung Note , pastu edit lah picmonkey.com. hihi... tak edit pun dah cun..micro gituh!


Terima Kasih

29 March 2015

Melangkah ke Sri Ayutthaya ... Wangsa Maju


Destinasi makan kali ni adalah atas pilihan dan pelawaan my dear Abang Kamal & wifenya Nini yang comel! Kononnya nak celebrate acah-acah Birthday yang dah berkurun belatednyer itew.. sungguh terharu.. Bila disebut Sri Ayutthaya memanglah asing..lagi-lagi nak meredah KL lepas waktu pejabat. Nasiblah Mr. Waze membantu !

Kami sampai dah dekat Isyak. Layanan memanglah first class kat sini dari pintu masuk sampailah keluar ke kereta dengan perut yang penuh. Masuk je pintu utama... pelayan perempuan lengkap berpakaian tradisional Siam menyambut kami (saya, Mr.Pegasus, abg kamal wife dan anak-anaknya yang hyper active!). Kek yang saya bawa pun diambil pelayan dengan senyuman yang memukau kalbu.

Hiasan dalaman memang bestlah... feeling Bangkok sangat. Kap krung kap! Saya memang teruja dan jakun sekejap...siap belek-belek segala mak nenek atas meja tu..bunga..bekas-bekas penuh ukiran.. haaa..jakun betul!


Ni yang sempat snaplah... Nilah Abang Kamal...abang last saya ;), baik giler orangnya..macam abang Wan jugak!


Hah.. yang ni Spa Thai.. massage,.... massage.... taklah ni sebenarnya toilet. Punyalah excited sampai toilet pun saya snap!

Menu yang disediakan teramatlah banyak... dan yang best ditulis dalam bahasa Thai. Sakan jugak kami semua pronounce wording tu ..siap gaduh-gaduh.. Akhirnya pelayan datang beri bantuan kecemasan... Bagi bantuan order makanan dengan menepati selera kami. Entah apa nama menu yang dipilih..Kami decide untuk ambil pakej yang full semua ada. Lepas tu punyalah tamak.. order lagi side order dessert2... nasiblah habis makan!


Nilah mukaddimah buku menu... English tapi dalamnya mak oi.. Thai sajer....

Kat bawah ni makanan dan minuman yang sempat diambil. Lighting ala-ala redup manja jadi memanglah xsharp picnye disamping perut dah lapar.






Bab makanan...rasanya memang sedap dan presentation menarik. Cuma kalau yang tak suka pedas kenalah bijak memilih yer..nanti terlecur pulak mulut. Ada sesuatu yang best... bila saya minta pelayan untuk keluarkan kek besday yang xberapa nak besday... Tunggu punya tunggu..tak muncul-muncul pulak pelayan tu. Pelayan lain yang ada cuma tersengih-sengih... dalam pada macam nak tanya lagi sekali je..tetiba....!!!

Jeng..jeng..jeng......

Lampu restoran jadi malap...... Bunyi muzik Siam dari tadi bertukar kepada alunan Piano lagu Happy Birthday..pastu xsemena-mena segerombolan crew restoran (rasanya yang kat dapur pun join semangkuk!) datang beramai-ramai membawa kek tadi dan menyanyi.....menuju ke arah birthday boy! (Boy ke.... 33 tahun dengan 31 tahun tu.. hihihi)  ingatkan tu aje... lagu dinyanyi dalam dua version ok! English dan Thai... pastu lepas tiup lilin je.. kami sekeluarga dihujankan dengan kelopak mawar segar... Sekali lagi...kelopak mawar SEGAR!

Pastu lepas potong kek....sekali lagi... xsemena-mena pelayan tu ambil kek dan blah. Ayoyo...???? Hahaha... ingatkan dia nak pek semula sebab macam faham kami dah kenyang gila... rupanya pelayan tu datang semula siap serve dalam piring dengan tisu bagai seolah kita beli kek kat situ pulak! hihi.... suker....!



Masa nak balik tu ada lawak sikit, customer table sebelah pun terkocoh kacah bawa kek dari kereta. Mesti feeling nak potong macam kitaorang... tapi.... xde pun nyanyi-nyanyi macam kitaorang??? hihihihhi... kesian... :P

Keluar je restoran..kami ambil peluang snap pic kat lobby yang memang cun! Kalau anda suka masakan Thai..dan nak rasa feeling eksklusif..memang sinilah tempatnya! Saya bagi 4.5 bintang!

Boleh lah click sini untuk alamatnya ya:


Terima Kasih

Rempah Manis Kambing Cintahati




Antara yang best bertugas di tengah laut ialah bila dikelilingi crew dapur yang tak lokek ilmu mengajar dan diajar, hhihihihihi.... lagi best bila boleh masak sendiri dan tunjuk skill lawan taukeh!

Kali ni saya nak kongsikan resepi kambing yang sangat lazat dan sedap yummylicious! Kali ni daging ni dimasak dengan petua-petua chef. Rupa-rupanya selama ni saya masak kambing ada tersilap step yang menyebabkan dagingnya liat!

Jom!

Rempah Manis Kambing Cintahati

Bahan-bahannya:

5kg Daging kambing dibersihkan.

Bahan kisar
3 labu bawang besar
1 labu bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas

2 sudu serbuk jintan manis
2 sudu serbuk jintan putih
2 sudu serbuk ketumbar
4 sudu serbuk cili (nak pedas boleh letak lebih)

2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
Kerisik dari 2 biji kelapa
Kicap manis (untuk warna gelap)

Caranya :

1. Tumiskan bahan yang diblend hingga naik bau dan pecah minyak.

2. Masukkan daging kambing, kacau rata dan biarkan hingga keluar air dan empuk.

3. Buang air yang keluar dari daging, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. masak lagi hingga keluar air daging.

4. Apabila daging sudah mula kering, masukkan serbuk-serbuk di atas tadi. gaul rata dan masak lagi hingga sedikit kering.

5. Letakkan garam dan gula melaka (untuk rasa manis yang syok!).

6. Akhir sekali masukkan kerisik dan kicap manis. Biarkan seketika sebelum api ditutup. Siap!


Mudah bukan?  Sedikit tips untuk anda :

1. Jangan letakkan air semasa memasak daging kambing kerana ia akan menyebabkan daging menjadi keras.

2. Rempah ratus dalam bentuk serbuk lagi mudah diserap daging, dan diletak pada akhir masakan supaya rasanya menyerap dan tidak terbuang bersama air daging semasa memasak.


p/s : Berangan nak offer menu nie untuk customer yang nak order daging aqiqah siap masak!


Terima Kasih

Medical Practitioner atau Usahawan kambing ?


March ni genaplah 10 tahun dalam dunia perubatan.. baik klinik, hospital, jabatan kesihatan dan kolej swasta. Alhamdulillah... kudrat, ilham dan segala yang Allah kurniakan dimanfaat sebaiknya. Sejak akhir-akhir ni minat mula berubah.. Betullah kata orang, manusia berubah sekelip mata! Perubahan positif perlu diteruskan.

Tidak banyak masa diambil untuk melangkah ke dunia baru. Asyik dalam dunia perniagaan ternakan, menjadi majikan kepada diri sendiri ternyata memberi kepuasan yang berbeza. Adakala terasa ingin menghabiskan sepenuh masa dalam bidang ini. Pedulikan kata-kata nista orang, yang penting kejujuran dan keikhlasan dalam mencari rezeki.

Buat masa sekarang, saya masih membahagikan masa untuk kerjaya profesional dan minat mendalam membina kerjaya sebagai Usahawan kambing. Banyak ruang diterjah untuk mendapatkan ilmu. Saya yakin ilmu perlu dikutip daripada sesiapa saja. Bukan tamak, sebaliknya peluang mencari rezeki terbuka luas, dengan usaha dan kegigihan pasti ada jalannya.



Benar, bukan mudah untuk menerobos liku-liku dunia perniagaan. Permulaannya saja ada saja dugaan yang mampu melemahkan semangat kalau tak ditangani sebaiknya. Syukurlah ada insan-insan terbaik yang menyokong.

Mungkin juga saya tidak perlu memilih antara dua kerjaya? Teruskan keduanya selagi terdaya... atau perlu meninggalkan satunya. Segalanya masih menjadi rahsia Allah dan saya hanya perlu jalani dan terus berjalan...dan berlari!

Semoga segala usaha membawa keberkatan :)

Amin.


Terima Kasih

Bisnes.... Bagaimana cara bermula?


Sukar sebenarnya nak mulakan bisnes tanpa bimbingan orang berpengalaman luas... Syukur sangat selepas beberapa episod ditemukan otai-otai pelbagai ragam, kami dapat bekerjasama dengan 2 orang hamba Allah yang jujur..

Apa yang boleh saya catatkan, permulaan selepas idea dizahirkan atas kertas kerja acah-acah, ini yang dilakukan:

1. Daftar syarikat di SSM.

2. Pencarian maklumat berterusan berkaitan ternakan, stok dari pelbagai sumber.

3. Pertemuan dengan pembekal-pembekal berpotensi (pilih betul-betul...)

4. Perbincangan akhir untuk pilih pembekal terbaik.

5. Kenalpasti dan finalize corak bisnes yang nak dibuat (post sebelumnya Trading ke Ternakan )

6. Kemaskini budget sebenar (budget ni berubah-ubah bila ada idea yang lebih baik, idea lebih..budget pun adakala lebih )

7. Penyusunan semula jadual masa kerja hakiki, keluarga dan FarmBerry.

8. Pelan strategi pemasaran (lagi canggih promosi..lagi besar kos... )

dan banyak lagi.......

Seorang sahabat yang telah lama menguruskan bisnes kambing turun temurun berpesan kepada saya supaya selalu mewujudkan jaringan persahabatan bersama penternak dan pengusaha kambing lain untuk mendapat banyak lagi info dan pengalaman.

Jadi saya dan partner mula membuat lawatan 'tebal muka' sebab tak diundang tetiba nak melawat katenyer. Syukurlah orang-orang yang dijumpa baik-baik belaka. Setelah beberapa tempat dilawat, saya dapat membuat kesimpulan...memang sangat penting!

Kenapa?

Kita dapat gambaran sebenar perjalanan perniagaan yang kita nak lalui, dan kita boleh buat penambahbaikkan... idea juga bercambah mengikut hawa nafsu yang berangan nak bisnes terus besar tu... hihihi.. ok kita sambung entri lain ya!





Inilah dia partner dan tulang belakang FarmBerry. Abang Sado katenyer...


Terima Kasih

28 March 2015

Impian ' FarmBerry Fantasy World '


Tak salahkan memasang impian.... Impian dan usaha mesti seiring untuk jadi kenyataan. Selagi ada mimpi..selagi itu ada harapan...

Sekadar berkongsi impian....

Sebuah taman ala-ala wonderland yang menempatkan pelbagai jenis spesis kambing dari serata dunia dan dilepaskan bebas di atas rumput hijau yang cantik dan bersih. Mungkin juga ditempatkan waterfall bersaiz sederhana untuk mewujudkan bunyi-bunyian semulajadi.... bunga-bunga segar seperti roses,... lily... dan pelbagai jenis bunga di sekitar kawasan. Beberapa buah replika cendawan gergasi bukan sekadar hiasan, sebaliknya tempat berteduh... di tengahnya ada sebuah cottage bagi membangkitkan fantasi dan imaginasi yang indah... insha allah.


imaginasi pintu gerbang.... 'FarmBerry Fantasy World'


cottage dengan inspirasi Hansel & Gratel...


Roses di sekitar kawasan.... mungkin bakal diragut anak-anak kambing yang comel!



p/s : terima kasih sudi membaca impian saya ni..... 


Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati