21 January 2015

Kos Ultrasound di Hospital Kpj

Pasti ada antara kita tertanya-tanya berapa kos ujian ultrasound di hospital swasta. Maklumlah... jika ujian ini perlu dilakukan di hospital kerajaan kita perlu menunggu masa berbulan-bulan untuk temujanji. Adakala keadaan menjadi lebih teruk sebelum sempat ujian dilakukan.

Baru-baru ini saya telah membawa mak ke Hospital Kpj cawangan Klang yang baru dibuka kurang setahun untuk tujuan yang sama. Mak mendapatkan rawatan penyakit kronik secara berjadual di sebuah klinik kerajaan. Alhamdulillah... mak abah jarang bersungut bila menunggu lama atau layanan kurang memuaskan. Bagi saya, rawatan kepakaran terbaik untuk rakyat pendapatan sederhana tetap di sini... tepuk dada tanya selera.. hihihi..

Berbalik kepada ujian ultrasound. Atas sebab tertentu saya memilih untuk bawa mak jalani ultrasound di swasta. Keputusannya tetap saya beri kepada doktor kerajaan untuk analisis dan rawatan seterusnya.

Kos ultrasound untuk buah pinggang kanan kiri, dan pundi kencing ialah tidak sampai RM200. Hanya sekitar RM180 sahaja. Jika beribu....mungkin juga saya terpaksa kumpulkan kosnya dulu. Kalau berkemampuan, bolehlah jalani ujian-ujian makmal yg penting di swasta. Berilah laluan kepada yang benar2 tidak berkemampuan dapatkn perkhidmatan di makmal kerajaan. Kita gabungkan keduanya..  memudahkan kedua belah pihak bukan? Selain dapat mengurangkan komplikasi penyakit yang lebih teruk jika terlalu lama menanti giliran membuat ujian.

Alhamdulilah selepas ujian.. keputusan semuanya baik.Mungkin kos ujian ultrasound berbeza mengikut hospital. Survey dulu ok!


Terima Kasih

06 January 2015

Q Thai Restaurant - Eat All You Can

Bagi peminat makanan celup-celup steamboat dan grill memang sesuai di Restoran QThai, cawangan Ampang. Dengan bayaran serendah RM30.00 anda boleh makan semuanya hingga kenyang dan pengsan! RM 25.00 untuk steamboat saja..

Rempah perapan bahan mentah grill sangat lazat, kepelbagaian bebola yang segar, makanan seafood lain yang tak termakan pastinya berbaloi-baloi. Portion daging, ayam,ikan dan lainnya sengaja dipotong kecil bagi mudahkan makanan masak dengan cepat. Jika anda berangan nak makan udang besar loobster segala.. memang tak ada di sini.

Ada juga bahagian makanan panas siap sedia seperti mee goreng, kue teow goreng kerang,kuih muih, dumpling station, dessert sejuk ... buah-buahan dan ice cream. Sangatlah menggoda...tapi saya dan kawan-kawan tak larat nak makan semua...jadi kami hanya memilih makanan grill dan steamboat. Layanan staff juga baik dan jangan bimbang..jika anda kehabisan butter untuk grill, tanpa diminta pasti pelayan setiap bahagian akan membantu anda.

Restoran ni menyediakan tempat makan berhawa dingin dan terbuka. Saya pilih bahagian terbuka sebab nak grill lebih selesa di bahagian ini. Lagi pula kedatangan kali ni bersama sahabat baik yang bertahun tak jumpa.

Lokasinya mudah terletak di Ampang Walk, belakang Galaxy Ampang. Tidak jauh bertentangan dengan Balai Polis Trafik.

Berbaloi-baloi....


Terima Kasih

Roti Naan terbaik di Cyberjaya

Melangkah ke dalam Mr.Kabab & Bryani disambut senyuman jejaka arab. Ibu saya yg berkerusi roda dan buta pun dapat rasa kemesraan pelayan di situ. Thumbs up!!

Suasana tenang dan mendamaikan biarpun sy sekeluarga memilih tempat duduk di luar. Mak dan abah nak sejuk angin malam katanya.. Bagi anda peminat tegar makanan arab dan Pakistan, 100% sy cadangkan anda ke sini.

Pilihan makanan yang pelbagai, harga berpatutan dan paling penting kelazatannya.. Aumm.. portion makanan sesuai untuk size orang Malaysia. Biasanya restoran makanan jenis ni..order sepinggan portionnya untuk 2-4 orang makan.. pembaziran sangat. Kat sini jangan bimbang. Terbaik! Cukup rasa semua menu yg diorder.

Ada side dish lain dipesan tapi tak sempat snap sebab dah terlalu lapar ditambah aroma makanan.. tak tertahan.. beberapa keping gambar untuk dikongsikan. Roti Naan di sini yang paling sedap! Al Rawsyah Kuala Lumpur dan Al Saba' Cyberjaya.

Lokasinya berhampiran dengan LHDN Cyberjaya. Lebih mudah google maps atau bantuan Mr.Waze.. pasti sampai!


Terima Kasih

01 January 2015

Beratur panjang demi Satay Willy

Sedap.

Satay Willy yang menjadi lokasi kunjungan saya ni terletak di Ramal Food Junction, Kajang. Biarpun suasana sesak, agak mengkagumkan bila pelanggan yang datang untuk makan satay sanggup beratur panjang.. kali pertama saya dibawa sahabat ke sini memanglah harapan sangat tinggi... moga2 satay Willy ni sedap lazat seperti yg diceritakan.

Kami order 30 cucuk satay.. sebahagian daging dan selebihnya ayam. Komen saya selaku pecinta satay, ermmmm... aroma satay sangat delisessss.. hihihi. Rasa satay sedap cuma belum cukup dikategorikan sangat sedap atau lazat. Daging satay tidak begitu empuk dan pemilihan bahagian dada ayam untuk dibuat satay menjadikan rasanya agak muak. Maklumlah.. bahagian dada ayam agak kering.. Rempah perapan juga pada skala baik. Belum terlalu mengujakan.

Anda boleh ke sini. Tidak menghampakan. Masih sedap.... mungkin ada kata lazat.. xsalah.. Citarasa kita berbeza bukan? Apa pun... anda yg tidak sabar menunggu, ini bukanlah pilihan terbaik.. hihihi


Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati