21 January 2015

Kos Ultrasound di Hospital Kpj

Pasti ada antara kita tertanya-tanya berapa kos ujian ultrasound di hospital swasta. Maklumlah... jika ujian ini perlu dilakukan di hospital kerajaan kita perlu menunggu masa berbulan-bulan untuk temujanji. Adakala keadaan menjadi lebih teruk sebelum sempat ujian dilakukan.

Baru-baru ini saya telah membawa mak ke Hospital Kpj cawangan Klang yang baru dibuka kurang setahun untuk tujuan yang sama. Mak mendapatkan rawatan penyakit kronik secara berjadual di sebuah klinik kerajaan. Alhamdulillah... mak abah jarang bersungut bila menunggu lama atau layanan kurang memuaskan. Bagi saya, rawatan kepakaran terbaik untuk rakyat pendapatan sederhana tetap di sini... tepuk dada tanya selera.. hihihi..

Berbalik kepada ujian ultrasound. Atas sebab tertentu saya memilih untuk bawa mak jalani ultrasound di swasta. Keputusannya tetap saya beri kepada doktor kerajaan untuk analisis dan rawatan seterusnya.

Kos ultrasound untuk buah pinggang kanan kiri, dan pundi kencing ialah tidak sampai RM200. Hanya sekitar RM180 sahaja. Jika beribu....mungkin juga saya terpaksa kumpulkan kosnya dulu. Kalau berkemampuan, bolehlah jalani ujian-ujian makmal yg penting di swasta. Berilah laluan kepada yang benar2 tidak berkemampuan dapatkn perkhidmatan di makmal kerajaan. Kita gabungkan keduanya..  memudahkan kedua belah pihak bukan? Selain dapat mengurangkan komplikasi penyakit yang lebih teruk jika terlalu lama menanti giliran membuat ujian.

Alhamdulilah selepas ujian.. keputusan semuanya baik.Mungkin kos ujian ultrasound berbeza mengikut hospital. Survey dulu ok!


Terima Kasih

4 comments:

Najib Ariyan said...

Salam....

ehhh tak mahal juga yer untuk ultrasound... ada krim muka pun yg lebih mahal dari tu... hmmm mungkin kena ubah presepsi kalau macam ni... bagus juga diorang letak harga rendah macam tu... di Indonesia kan... rawatan memang di pemerintah tapi ubat di farmasi swasta...

Adam Fahmy said...

Tulah.. nasib baik kita xduk indon kan.. hihi

Adam Fahmy said...
This comment has been removed by the author.
fatihah said...

assalamualaikum,

saya mempunyai penyakit batu karang, saya dah buat temujanji ultrasound di hospital kerajaan, tapi nak kena tunggu 2 bulan untuk temujanji itu, dan selepas 2 hari tarikh ultrasound baru saya dapat berjumpa dgn doktor pakar. jadi saya nak tanya lepas buat ultrasound di hospital swasta, boleh minta awalkan ke untuk temujanji dengan dr pakar kerajaan?

harap encik balas soalan saya.

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati