06 January 2015

Q Thai Restaurant - Eat All You Can

Bagi peminat makanan celup-celup steamboat dan grill memang sesuai di Restoran QThai, cawangan Ampang. Dengan bayaran serendah RM30.00 anda boleh makan semuanya hingga kenyang dan pengsan! RM 25.00 untuk steamboat saja..

Rempah perapan bahan mentah grill sangat lazat, kepelbagaian bebola yang segar, makanan seafood lain yang tak termakan pastinya berbaloi-baloi. Portion daging, ayam,ikan dan lainnya sengaja dipotong kecil bagi mudahkan makanan masak dengan cepat. Jika anda berangan nak makan udang besar loobster segala.. memang tak ada di sini.

Ada juga bahagian makanan panas siap sedia seperti mee goreng, kue teow goreng kerang,kuih muih, dumpling station, dessert sejuk ... buah-buahan dan ice cream. Sangatlah menggoda...tapi saya dan kawan-kawan tak larat nak makan semua...jadi kami hanya memilih makanan grill dan steamboat. Layanan staff juga baik dan jangan bimbang..jika anda kehabisan butter untuk grill, tanpa diminta pasti pelayan setiap bahagian akan membantu anda.

Restoran ni menyediakan tempat makan berhawa dingin dan terbuka. Saya pilih bahagian terbuka sebab nak grill lebih selesa di bahagian ini. Lagi pula kedatangan kali ni bersama sahabat baik yang bertahun tak jumpa.

Lokasinya mudah terletak di Ampang Walk, belakang Galaxy Ampang. Tidak jauh bertentangan dengan Balai Polis Trafik.

Berbaloi-baloi....


Terima Kasih

2 comments:

Najib Ariyan said...

orite saya tau lokasi tu... kalau ke sana mesti mau makan sini...

errr mintak diorang sediakan kuah asam pedas ada tak?? hahahaha

anamizu said...

halamak stimboat! mmg stim giler arrhh tengok! hadui laparrrrrr T___T

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati