28 February 2015

Pendaftaran Akaun Syarikat Milikan Tunggal semakin sukar

Tiga minggu bercuti selepas bertugas 2 bulan di Puerto Princessa of Palawan, Philipines, Miri Sarawak dan Kota kinabalu Sabah masih banyak perkara yang belum selesai. Alhamdulilah... impian untuk konon-konon terjun bidang ternakan ruminan akhirnya jadi kenyataan. Syukur ditemukan dengan orang-orang yang membantu. Entah mimpi apa.. jujur, tak pernah terfikir akan ke bidang ini. Kalau dilihat latar belakang saya, memang ramai yang mempertikaikan pilihan kali ini.

FarmBerry Network didaftarkan dengan jayanya pada October 2014 sebelum saya terbang menjalankan tugas hakiki. Jadi kepulangan kali ni adalah untuk set up sepenuhnya FarmBerry bermula dari pembinaan kandang yang dibuat sendiri oleh cousin yang paling rapat , hinggalah memasukkan kambing-kambing comel.

Kenapa kambing?

Insha allah saya akan tuliskan dalam entri lain. Kali ni saya nak share tentang pembukaan akaun syarikat milikan tunggal. Melalui pembacaan blog-blog terdahulu, untuk membuka akaun hanya memerlukan sijil asal SSM dan wang tunai minimum RM1000. Tapi kali ni dah berbeza dan agak rumit. Jadi kepada viewers yang nak buka akaun syarikat terutama yang bisnes tanpa premis disewa boleh lah teruskan baca apa yang saya nak share.

Saya ke CIMB Telok Panglima Garang dengan membawa sijil SSM dan wang tunai. Terkejut saya bila staff kat kaunter no 5 yang agak biadap layanannya suruh saya beredar dan pergi ke majlis perbandaran untuk dapatkan permit perniagaan. Katanya syarat bank sekarang kena ada permit perniagaan baru boleh buka akaun. Tertanya-tanya juga... setahu saya permit perniagaan hanya untuk peniaga yang menyewa premis. Staff tu buat muka endah tak endah dan suruh saya pergi je.. saya pun pergi majlis perbandaran.

Sampai di Majlis Perbandaran Kuala Langat, saya berurusan dengan staff di bahagian perlesenan. Penjelasan dia memang tak mengejutkan saya. Katanya pihak majlis pun xfaham kenapa bank buat syarat macam tu. Sebab bukan semua perniagaan ada menyewa premis. Contohnya yang berniaga online.. yang berniaga di rumah.. etc. Jadi saya pun pergi semula ke CIMB.

Jaraknya lebih kurang 40 minit tapi campur dengan panas terik terasa lama. Hehehe...

Bila saya tiba semula di CIMB, staff yang sama sambil menarik muka dia dengar keterangan saya. Tanpa apa-apa penjelasan, terus dia cakap 'kita x boleh buat apa, you xada permit xboleh buka bisnes xboleh buka akaun,' dengan nada yang super dupper biadapnya.

Best x?? Cuaca panas terik kat luar bertambah panas dengan layanan staff kurang ajar yang ingat customer ni anjing kurap ke nak herdik2 orang? Tolak2 orang ke sana ke sini? Saya hanya nak penjelasan atau apa2 cadangan lain. Takkan suruh customer blah macam tu je kan? Nasiblah staff kaunter sebelah tu terdengar... jadi dia terangkan  beberapa perkara dengan jelas dan cadangkan saya ke bank lain. Cadangannya ialah Bank Islam atau Agrobank. Setahunya bank-bank ini belum kuatkuasakan syarat begini. Haaa... penjelasan macam nilah yang customer nak. Bukan main order itu ini pastu suruh customer balik. Betul x?

Esoknya saya ke Bank Islam. Alhamdulillah semuanya selesai dengan mudah. Kad atm, buku cek dan penyata siap diberi. Tak perlu berhadapan dengan staff yang super biadap. Oh ya.. saya ada komen di page CIMB tentang hal ni. Entri seterusnya saya akan kongsikan apa maklumbalas mereka tentang staff yang kurang ajar.

Kepada anda yang bercadang untuk membuka akaun simpanan syarikat, inilah syarat baru yang dikenakan ke atas pemilik syarikat. Jadi bersiap sedia ya. Pastikan bawa sijil.SSM yang original walaupun original sekarang pun dah tak berwarna.


Terima Kasih

20 February 2015

Cukup rasa di ROA by Jovian Mandagie Shah Alam

Siapa tu Jovian Mandagie? Hahh... bagi yang tak tahu Jovian ni fashion designer terkenal selain jadi pengacara untuk program perkahwinan di tv3. Namanya mula dikenali selepas terlibat dalam gosip panas dengan personaliti radio Linda Onn tentang baju rekaannya yang enggan dipakai di Grammy Awards. Tapi dah settle kot... rahmat lepas tu nama Jovian terus meletop!

Minggu lepas saya berkesempatan dinner di ROA by Jovian. Restoran ni dekorasi dia memang menarik. Nampak eksklusif. Layanan waiter waitress memang baik. Buku menu yang mengujakan kerana didatangkan dengan chopping board.

Saya senaraikanlah dish yang diorder untuk 2 orang makan...
1. Mee Cakalang - sangat delises. Mcm maggie soup tapi ada tuna.

2. Ayam Tuturuga - ayam ni dimasak ala2 lemak cilipadi tp lain siket. Rasanya meletop pedas... colour kuning.

3. Marlin Rica - nama mcm Merlin Witch tu kan..tp sebenarnya ikan mackeral yang dimasak dengan cili. Kiranya sedaplah..

4. Sapi Bumbu Sate Garo - daging dimasak dalam buluh. Tapi xde pulak buluhnya masa hidang. Nampak macam rendang tapi bukan. Cukup rasa dan sedap diratah.

5. Nasi Goreng ROA - didatangkan dengan telor mata, keropok ikan dan ayam yg ala2 Marlin Rika. Yg ni biasa saja tapi makan dengan ayam tu yg jadi lazat berkrim disukai ramai.

6. ROA sauce - yang nj wajib order. Dia macam sambal garing ikan. Ada keriuk2... sedap betul. Bagi 5 bintang!

7. Lalampa - ni side order. Dia macam pulut panggang dalamnya ikan pedas.

8. Es Kacang Susu - ala2 ABC cuma guna cocoa dan red bean.

9. Sirsak - juice durian belanda.

10. Mangga - yang ni juice pelam tapi xde pulak buah mangga ketul-ketul dalam dia macam yang dikompangkan blogger lain.

11. Sere Panas - ni macam tea lah..

12. Hot Milo - standard Milo yang dah memang sedap.

13. Jeruk Panas - limau suam..hihi...

14. Warm water - ni masuk list sebab kena caj RM0.50.

Hah kau! 14 items untuk 2 orang makan... ada hantu raya kan? 2 jam lebih juga habiskan sambil borak-borak dan tunggu hujan lebat berhenti.

Sebelum datang, saya review beberapa blog. Ada yg happy dan ada yang annoying.. jadi saya ambil keputusan untuk cuba sendiri. Selepas cuba beberapa menu.. thumbs up! Memang sedap! Xrugi anda ke sini. Cara nak ke sini ..gunalah Mr.Waze cepat dan tepat! Seksyen 7 Shah Alam.


Terima Kasih

Tarikan Baru Setia City Mall

Selepas 6 bulan tidak ke sini.. terkesima kejap bila nampak ramai orang kat padang rumput depan Setia City Mall yang juga berhadapan dengan Setia Alam Convention Center (tempat resepsi CheTa & Zain Saidin dulu....). Masing-masing teruja dengan tarikan baru di sini - buih gergasi.

Di Philipine ada juga saya jumpa buih gergasi cuma xsemeriah di sini. Tentang harganya agak mahal dibandingkan dengan bekalan air sabun yang diberi. Tapi kira oklah... puas juga main sebab ada beli sebotol refill nya. Ada 3 jenis alat untuk hasilkan belon. Saiz sederhana, besar dan extra superbig! Harganya dalam RM4.00 hingga RM9.00 sebatang ikut jenis. Air sabun sebotol saya tak ingat harganya. Setiap penyewaan alat akan diberi siap-siap aor sabun dalam bekas plastik cuma isinya agak ciput...

Jika anda tak ada idea nak ke mana hujung minggu, bolehlah datang ke sini. Sesuai untuk geng bas sekolah.. geng apam.. geng terung.. hihi ...dan keluarga pun best! Jangan terkejut kalau anda nampak ayah yang lebih-lebih main buih daripada anak... jom!


Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati