20 February 2015

Cukup rasa di ROA by Jovian Mandagie Shah Alam

Siapa tu Jovian Mandagie? Hahh... bagi yang tak tahu Jovian ni fashion designer terkenal selain jadi pengacara untuk program perkahwinan di tv3. Namanya mula dikenali selepas terlibat dalam gosip panas dengan personaliti radio Linda Onn tentang baju rekaannya yang enggan dipakai di Grammy Awards. Tapi dah settle kot... rahmat lepas tu nama Jovian terus meletop!

Minggu lepas saya berkesempatan dinner di ROA by Jovian. Restoran ni dekorasi dia memang menarik. Nampak eksklusif. Layanan waiter waitress memang baik. Buku menu yang mengujakan kerana didatangkan dengan chopping board.

Saya senaraikanlah dish yang diorder untuk 2 orang makan...
1. Mee Cakalang - sangat delises. Mcm maggie soup tapi ada tuna.

2. Ayam Tuturuga - ayam ni dimasak ala2 lemak cilipadi tp lain siket. Rasanya meletop pedas... colour kuning.

3. Marlin Rica - nama mcm Merlin Witch tu kan..tp sebenarnya ikan mackeral yang dimasak dengan cili. Kiranya sedaplah..

4. Sapi Bumbu Sate Garo - daging dimasak dalam buluh. Tapi xde pulak buluhnya masa hidang. Nampak macam rendang tapi bukan. Cukup rasa dan sedap diratah.

5. Nasi Goreng ROA - didatangkan dengan telor mata, keropok ikan dan ayam yg ala2 Marlin Rika. Yg ni biasa saja tapi makan dengan ayam tu yg jadi lazat berkrim disukai ramai.

6. ROA sauce - yang nj wajib order. Dia macam sambal garing ikan. Ada keriuk2... sedap betul. Bagi 5 bintang!

7. Lalampa - ni side order. Dia macam pulut panggang dalamnya ikan pedas.

8. Es Kacang Susu - ala2 ABC cuma guna cocoa dan red bean.

9. Sirsak - juice durian belanda.

10. Mangga - yang ni juice pelam tapi xde pulak buah mangga ketul-ketul dalam dia macam yang dikompangkan blogger lain.

11. Sere Panas - ni macam tea lah..

12. Hot Milo - standard Milo yang dah memang sedap.

13. Jeruk Panas - limau suam..hihi...

14. Warm water - ni masuk list sebab kena caj RM0.50.

Hah kau! 14 items untuk 2 orang makan... ada hantu raya kan? 2 jam lebih juga habiskan sambil borak-borak dan tunggu hujan lebat berhenti.

Sebelum datang, saya review beberapa blog. Ada yg happy dan ada yang annoying.. jadi saya ambil keputusan untuk cuba sendiri. Selepas cuba beberapa menu.. thumbs up! Memang sedap! Xrugi anda ke sini. Cara nak ke sini ..gunalah Mr.Waze cepat dan tepat! Seksyen 7 Shah Alam.


Terima Kasih

9 comments:

lydzar DN said...

Nampak menyelerakan. Berapa total bil ni?

Adam Fahmy said...

Iydzar memang sedap... bil ni RM128 sahaja.

Adam Fahmy said...

Iydzar memang sedap... bil ni RM128 sahaja.

kakngahsihat said...

Rm128.000, ermmm. Cam murah jerk, tqs Adam fahmi... Nk kene try nih, hihhi...

Najib Ariyan said...

wowww... betullah ada hantu raya tapi dengan banyak gitu Rm128 boleh kata murah jugak tu... kalau seafood kat KK lagi mahal tu...

kat KK ni pun Jovian ni ada bukak butik dia... mak aii grand kemain... risau jer tak der orang nak datang karang habis gitu jer pelaburan dia...

tapi kan... cerita dia dengan Linda Onn tu menarik juga... kadang kita cepat depress kalau benda buruk berlaku... kita tak yakin ada benda baik yang datang... nampak dari kisah dia kan... nama dia semakin terkenal...

perubatan khalifah said...

pakai kamera apa???
lawanya gambar2 semua...

Adam Fahmy said...

Ye kakngahsihat... harganya xterlalu mahal

Adam Fahmy said...

Setuju najib!

Adam Fahmy said...

Terima kasih... guna Samsung Note 3 saja.. angel dia tiru2 najib ariyan sikit. Hihi

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati