28 February 2015

Pendaftaran Akaun Syarikat Milikan Tunggal semakin sukar

Tiga minggu bercuti selepas bertugas 2 bulan di Puerto Princessa of Palawan, Philipines, Miri Sarawak dan Kota kinabalu Sabah masih banyak perkara yang belum selesai. Alhamdulilah... impian untuk konon-konon terjun bidang ternakan ruminan akhirnya jadi kenyataan. Syukur ditemukan dengan orang-orang yang membantu. Entah mimpi apa.. jujur, tak pernah terfikir akan ke bidang ini. Kalau dilihat latar belakang saya, memang ramai yang mempertikaikan pilihan kali ini.

FarmBerry Network didaftarkan dengan jayanya pada October 2014 sebelum saya terbang menjalankan tugas hakiki. Jadi kepulangan kali ni adalah untuk set up sepenuhnya FarmBerry bermula dari pembinaan kandang yang dibuat sendiri oleh cousin yang paling rapat , hinggalah memasukkan kambing-kambing comel.

Kenapa kambing?

Insha allah saya akan tuliskan dalam entri lain. Kali ni saya nak share tentang pembukaan akaun syarikat milikan tunggal. Melalui pembacaan blog-blog terdahulu, untuk membuka akaun hanya memerlukan sijil asal SSM dan wang tunai minimum RM1000. Tapi kali ni dah berbeza dan agak rumit. Jadi kepada viewers yang nak buka akaun syarikat terutama yang bisnes tanpa premis disewa boleh lah teruskan baca apa yang saya nak share.

Saya ke CIMB Telok Panglima Garang dengan membawa sijil SSM dan wang tunai. Terkejut saya bila staff kat kaunter no 5 yang agak biadap layanannya suruh saya beredar dan pergi ke majlis perbandaran untuk dapatkan permit perniagaan. Katanya syarat bank sekarang kena ada permit perniagaan baru boleh buka akaun. Tertanya-tanya juga... setahu saya permit perniagaan hanya untuk peniaga yang menyewa premis. Staff tu buat muka endah tak endah dan suruh saya pergi je.. saya pun pergi majlis perbandaran.

Sampai di Majlis Perbandaran Kuala Langat, saya berurusan dengan staff di bahagian perlesenan. Penjelasan dia memang tak mengejutkan saya. Katanya pihak majlis pun xfaham kenapa bank buat syarat macam tu. Sebab bukan semua perniagaan ada menyewa premis. Contohnya yang berniaga online.. yang berniaga di rumah.. etc. Jadi saya pun pergi semula ke CIMB.

Jaraknya lebih kurang 40 minit tapi campur dengan panas terik terasa lama. Hehehe...

Bila saya tiba semula di CIMB, staff yang sama sambil menarik muka dia dengar keterangan saya. Tanpa apa-apa penjelasan, terus dia cakap 'kita x boleh buat apa, you xada permit xboleh buka bisnes xboleh buka akaun,' dengan nada yang super dupper biadapnya.

Best x?? Cuaca panas terik kat luar bertambah panas dengan layanan staff kurang ajar yang ingat customer ni anjing kurap ke nak herdik2 orang? Tolak2 orang ke sana ke sini? Saya hanya nak penjelasan atau apa2 cadangan lain. Takkan suruh customer blah macam tu je kan? Nasiblah staff kaunter sebelah tu terdengar... jadi dia terangkan  beberapa perkara dengan jelas dan cadangkan saya ke bank lain. Cadangannya ialah Bank Islam atau Agrobank. Setahunya bank-bank ini belum kuatkuasakan syarat begini. Haaa... penjelasan macam nilah yang customer nak. Bukan main order itu ini pastu suruh customer balik. Betul x?

Esoknya saya ke Bank Islam. Alhamdulillah semuanya selesai dengan mudah. Kad atm, buku cek dan penyata siap diberi. Tak perlu berhadapan dengan staff yang super biadap. Oh ya.. saya ada komen di page CIMB tentang hal ni. Entri seterusnya saya akan kongsikan apa maklumbalas mereka tentang staff yang kurang ajar.

Kepada anda yang bercadang untuk membuka akaun simpanan syarikat, inilah syarat baru yang dikenakan ke atas pemilik syarikat. Jadi bersiap sedia ya. Pastikan bawa sijil.SSM yang original walaupun original sekarang pun dah tak berwarna.


Terima Kasih

6 comments:

Najib Ariyan said...

Wowww... inilah kali pertama saya baca blog orang yang akan membuka perniagaan kambing... saya ada sorang abg yang berhenti kerja kat TNB bergaji besar tapi nak menternak kambing... dia jelaskan dengan panjang lebar kenapa kambing...

saya suka dengan apa yang tuan blog buat... sangat sedikit yang sanggup buat kerja nih... dan untuk kerani biadap tu... boleh jalan lah kau... jadi tapai lah kau kat kaunter bank tu sampai tua...

Adam Fahmy said...

Hihi.. terima kasih Najib Ariyan..jadi tapaim. Haha.. ni betul2 sy gelak

Adam Fahmy said...
This comment has been removed by the author.
kakngahsihat said...

Hahha... Bagus entry awak ni, my hubby dah lama nak menternak kambing tapi tak tau caranya, thanks dengan sharing awak...

Ermmm,sy pun rasa cm nk marah la plak pasal staff cimb tuh, tp x dinafikan mn² tempat pun ada staff camtu, huhhh... Mengecewakan staff camtu...

Salam kenal dr saya... :-)

Adam Fahmy said...

Thanks kak ngah. Insha allah next entry sy share step pertama ternakan kambing. Sy pun masih hijau lg kak ngah.. hihi

Adam Fahmy said...

Thanks kak ngah. Insha allah next entry sy share step pertama ternakan kambing. Sy pun masih hijau lg kak ngah.. hihi

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati