31 March 2015

Aiskrim Kelapa Homemade ala Vietnamese

Mimpi apa agaknya... inilah hasilnya bila tak ada apa nak dibuat. Aiskrim kelapa ala-ala Vietnam yang sempat saya belajar dari seorang rakan. Aiskrim ni best sebab tak perlu gunakan telur mentah. Telur mentah memang bagus tambah-tambah untuk jadikan aiskrim gebu.

Boleh cuba sendiri di rumah sebab kosnya murah. Kalau nak lagi sedap guna isi kelapa muda..tapi kelapa parut biasa pun bagi efek delises yer.. Sekali sekala buat sendiri, boleh kurangkan manis, kalau ada yang menghidap kencing manis.

Jom!


Aiskrim Kelapa Homemade ala Vietnamese 



400ml fresh milk
4 sudu besar gula pasir
4 sudu besar kelapa parut (saya guna yang dalam tin sebab tak ada fresh kelapa parut)
400ml santan kotak
1 sudu besar tepung jagung
kacang tanah panggang (salted pun ok)


Cara membuatnya :

1. Cairkan tepung jagung dengan beberapa sudu fresh milk, sampai jadi likat.

2. Didihkan dalam periuk, baki fresh milk tadi + santan dan gula. Boleh kurangkan gula jika suka.

3. Masukkan campuran tepung jagung tadi. Kacau lagi hingga mendidih seketika. Tutup api dan biarkan betul-betul sejuk. Masukkan kelapa parut. Kacau rata.

4. Alihkan dalam bekas plastik, atau bekas aiskrim dan sejukkan dalam freezer sekurang-kurangnya 3 jam.

5. Nak hidangkan, boleh guna scoop ice cream, taburkan kacang tanah. Siap!


Selamat Mencuba!

p/s: nak gambar cun..boleh guna Samsung Note , pastu edit lah picmonkey.com. hihi... tak edit pun dah cun..micro gituh!


Terima Kasih

29 March 2015

Melangkah ke Sri Ayutthaya ... Wangsa Maju


Destinasi makan kali ni adalah atas pilihan dan pelawaan my dear Abang Kamal & wifenya Nini yang comel! Kononnya nak celebrate acah-acah Birthday yang dah berkurun belatednyer itew.. sungguh terharu.. Bila disebut Sri Ayutthaya memanglah asing..lagi-lagi nak meredah KL lepas waktu pejabat. Nasiblah Mr. Waze membantu !

Kami sampai dah dekat Isyak. Layanan memanglah first class kat sini dari pintu masuk sampailah keluar ke kereta dengan perut yang penuh. Masuk je pintu utama... pelayan perempuan lengkap berpakaian tradisional Siam menyambut kami (saya, Mr.Pegasus, abg kamal wife dan anak-anaknya yang hyper active!). Kek yang saya bawa pun diambil pelayan dengan senyuman yang memukau kalbu.

Hiasan dalaman memang bestlah... feeling Bangkok sangat. Kap krung kap! Saya memang teruja dan jakun sekejap...siap belek-belek segala mak nenek atas meja tu..bunga..bekas-bekas penuh ukiran.. haaa..jakun betul!


Ni yang sempat snaplah... Nilah Abang Kamal...abang last saya ;), baik giler orangnya..macam abang Wan jugak!


Hah.. yang ni Spa Thai.. massage,.... massage.... taklah ni sebenarnya toilet. Punyalah excited sampai toilet pun saya snap!

Menu yang disediakan teramatlah banyak... dan yang best ditulis dalam bahasa Thai. Sakan jugak kami semua pronounce wording tu ..siap gaduh-gaduh.. Akhirnya pelayan datang beri bantuan kecemasan... Bagi bantuan order makanan dengan menepati selera kami. Entah apa nama menu yang dipilih..Kami decide untuk ambil pakej yang full semua ada. Lepas tu punyalah tamak.. order lagi side order dessert2... nasiblah habis makan!


Nilah mukaddimah buku menu... English tapi dalamnya mak oi.. Thai sajer....

Kat bawah ni makanan dan minuman yang sempat diambil. Lighting ala-ala redup manja jadi memanglah xsharp picnye disamping perut dah lapar.






Bab makanan...rasanya memang sedap dan presentation menarik. Cuma kalau yang tak suka pedas kenalah bijak memilih yer..nanti terlecur pulak mulut. Ada sesuatu yang best... bila saya minta pelayan untuk keluarkan kek besday yang xberapa nak besday... Tunggu punya tunggu..tak muncul-muncul pulak pelayan tu. Pelayan lain yang ada cuma tersengih-sengih... dalam pada macam nak tanya lagi sekali je..tetiba....!!!

Jeng..jeng..jeng......

Lampu restoran jadi malap...... Bunyi muzik Siam dari tadi bertukar kepada alunan Piano lagu Happy Birthday..pastu xsemena-mena segerombolan crew restoran (rasanya yang kat dapur pun join semangkuk!) datang beramai-ramai membawa kek tadi dan menyanyi.....menuju ke arah birthday boy! (Boy ke.... 33 tahun dengan 31 tahun tu.. hihihi)  ingatkan tu aje... lagu dinyanyi dalam dua version ok! English dan Thai... pastu lepas tiup lilin je.. kami sekeluarga dihujankan dengan kelopak mawar segar... Sekali lagi...kelopak mawar SEGAR!

Pastu lepas potong kek....sekali lagi... xsemena-mena pelayan tu ambil kek dan blah. Ayoyo...???? Hahaha... ingatkan dia nak pek semula sebab macam faham kami dah kenyang gila... rupanya pelayan tu datang semula siap serve dalam piring dengan tisu bagai seolah kita beli kek kat situ pulak! hihi.... suker....!



Masa nak balik tu ada lawak sikit, customer table sebelah pun terkocoh kacah bawa kek dari kereta. Mesti feeling nak potong macam kitaorang... tapi.... xde pun nyanyi-nyanyi macam kitaorang??? hihihihhi... kesian... :P

Keluar je restoran..kami ambil peluang snap pic kat lobby yang memang cun! Kalau anda suka masakan Thai..dan nak rasa feeling eksklusif..memang sinilah tempatnya! Saya bagi 4.5 bintang!

Boleh lah click sini untuk alamatnya ya:


Terima Kasih

Rempah Manis Kambing Cintahati




Antara yang best bertugas di tengah laut ialah bila dikelilingi crew dapur yang tak lokek ilmu mengajar dan diajar, hhihihihihi.... lagi best bila boleh masak sendiri dan tunjuk skill lawan taukeh!

Kali ni saya nak kongsikan resepi kambing yang sangat lazat dan sedap yummylicious! Kali ni daging ni dimasak dengan petua-petua chef. Rupa-rupanya selama ni saya masak kambing ada tersilap step yang menyebabkan dagingnya liat!

Jom!

Rempah Manis Kambing Cintahati

Bahan-bahannya:

5kg Daging kambing dibersihkan.

Bahan kisar
3 labu bawang besar
1 labu bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas

2 sudu serbuk jintan manis
2 sudu serbuk jintan putih
2 sudu serbuk ketumbar
4 sudu serbuk cili (nak pedas boleh letak lebih)

2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
Kerisik dari 2 biji kelapa
Kicap manis (untuk warna gelap)

Caranya :

1. Tumiskan bahan yang diblend hingga naik bau dan pecah minyak.

2. Masukkan daging kambing, kacau rata dan biarkan hingga keluar air dan empuk.

3. Buang air yang keluar dari daging, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. masak lagi hingga keluar air daging.

4. Apabila daging sudah mula kering, masukkan serbuk-serbuk di atas tadi. gaul rata dan masak lagi hingga sedikit kering.

5. Letakkan garam dan gula melaka (untuk rasa manis yang syok!).

6. Akhir sekali masukkan kerisik dan kicap manis. Biarkan seketika sebelum api ditutup. Siap!


Mudah bukan?  Sedikit tips untuk anda :

1. Jangan letakkan air semasa memasak daging kambing kerana ia akan menyebabkan daging menjadi keras.

2. Rempah ratus dalam bentuk serbuk lagi mudah diserap daging, dan diletak pada akhir masakan supaya rasanya menyerap dan tidak terbuang bersama air daging semasa memasak.


p/s : Berangan nak offer menu nie untuk customer yang nak order daging aqiqah siap masak!


Terima Kasih

Medical Practitioner atau Usahawan kambing ?


March ni genaplah 10 tahun dalam dunia perubatan.. baik klinik, hospital, jabatan kesihatan dan kolej swasta. Alhamdulillah... kudrat, ilham dan segala yang Allah kurniakan dimanfaat sebaiknya. Sejak akhir-akhir ni minat mula berubah.. Betullah kata orang, manusia berubah sekelip mata! Perubahan positif perlu diteruskan.

Tidak banyak masa diambil untuk melangkah ke dunia baru. Asyik dalam dunia perniagaan ternakan, menjadi majikan kepada diri sendiri ternyata memberi kepuasan yang berbeza. Adakala terasa ingin menghabiskan sepenuh masa dalam bidang ini. Pedulikan kata-kata nista orang, yang penting kejujuran dan keikhlasan dalam mencari rezeki.

Buat masa sekarang, saya masih membahagikan masa untuk kerjaya profesional dan minat mendalam membina kerjaya sebagai Usahawan kambing. Banyak ruang diterjah untuk mendapatkan ilmu. Saya yakin ilmu perlu dikutip daripada sesiapa saja. Bukan tamak, sebaliknya peluang mencari rezeki terbuka luas, dengan usaha dan kegigihan pasti ada jalannya.



Benar, bukan mudah untuk menerobos liku-liku dunia perniagaan. Permulaannya saja ada saja dugaan yang mampu melemahkan semangat kalau tak ditangani sebaiknya. Syukurlah ada insan-insan terbaik yang menyokong.

Mungkin juga saya tidak perlu memilih antara dua kerjaya? Teruskan keduanya selagi terdaya... atau perlu meninggalkan satunya. Segalanya masih menjadi rahsia Allah dan saya hanya perlu jalani dan terus berjalan...dan berlari!

Semoga segala usaha membawa keberkatan :)

Amin.


Terima Kasih

Bisnes.... Bagaimana cara bermula?


Sukar sebenarnya nak mulakan bisnes tanpa bimbingan orang berpengalaman luas... Syukur sangat selepas beberapa episod ditemukan otai-otai pelbagai ragam, kami dapat bekerjasama dengan 2 orang hamba Allah yang jujur..

Apa yang boleh saya catatkan, permulaan selepas idea dizahirkan atas kertas kerja acah-acah, ini yang dilakukan:

1. Daftar syarikat di SSM.

2. Pencarian maklumat berterusan berkaitan ternakan, stok dari pelbagai sumber.

3. Pertemuan dengan pembekal-pembekal berpotensi (pilih betul-betul...)

4. Perbincangan akhir untuk pilih pembekal terbaik.

5. Kenalpasti dan finalize corak bisnes yang nak dibuat (post sebelumnya Trading ke Ternakan )

6. Kemaskini budget sebenar (budget ni berubah-ubah bila ada idea yang lebih baik, idea lebih..budget pun adakala lebih )

7. Penyusunan semula jadual masa kerja hakiki, keluarga dan FarmBerry.

8. Pelan strategi pemasaran (lagi canggih promosi..lagi besar kos... )

dan banyak lagi.......

Seorang sahabat yang telah lama menguruskan bisnes kambing turun temurun berpesan kepada saya supaya selalu mewujudkan jaringan persahabatan bersama penternak dan pengusaha kambing lain untuk mendapat banyak lagi info dan pengalaman.

Jadi saya dan partner mula membuat lawatan 'tebal muka' sebab tak diundang tetiba nak melawat katenyer. Syukurlah orang-orang yang dijumpa baik-baik belaka. Setelah beberapa tempat dilawat, saya dapat membuat kesimpulan...memang sangat penting!

Kenapa?

Kita dapat gambaran sebenar perjalanan perniagaan yang kita nak lalui, dan kita boleh buat penambahbaikkan... idea juga bercambah mengikut hawa nafsu yang berangan nak bisnes terus besar tu... hihihi.. ok kita sambung entri lain ya!





Inilah dia partner dan tulang belakang FarmBerry. Abang Sado katenyer...


Terima Kasih

28 March 2015

Impian ' FarmBerry Fantasy World '


Tak salahkan memasang impian.... Impian dan usaha mesti seiring untuk jadi kenyataan. Selagi ada mimpi..selagi itu ada harapan...

Sekadar berkongsi impian....

Sebuah taman ala-ala wonderland yang menempatkan pelbagai jenis spesis kambing dari serata dunia dan dilepaskan bebas di atas rumput hijau yang cantik dan bersih. Mungkin juga ditempatkan waterfall bersaiz sederhana untuk mewujudkan bunyi-bunyian semulajadi.... bunga-bunga segar seperti roses,... lily... dan pelbagai jenis bunga di sekitar kawasan. Beberapa buah replika cendawan gergasi bukan sekadar hiasan, sebaliknya tempat berteduh... di tengahnya ada sebuah cottage bagi membangkitkan fantasi dan imaginasi yang indah... insha allah.


imaginasi pintu gerbang.... 'FarmBerry Fantasy World'


cottage dengan inspirasi Hansel & Gratel...


Roses di sekitar kawasan.... mungkin bakal diragut anak-anak kambing yang comel!



p/s : terima kasih sudi membaca impian saya ni..... 


Terima Kasih

27 March 2015

Modal Mulakan Bisnes Kambing

Bila ditanya tentang modal perniagaan, adakala susah untuk beri jawapan tepat. Sebab ada saja perkara-perkara yang menambah kos ..modal pun jadi tinggi.

Banyak peluang bantuan perniagaan dari pihak bank dan agensi kerajaan kepada usahawan-usahawan muda belia remaja yang berminat dalam bidang perniagaan ternakan dan pertanian. Sejujurnya saya cuba mengelakkan diri dari memulakan perniagaan dengan pinjaman.

Pengalaman berkhidmat di sektor kerajaan dan menjadi sahabat baik bank kerana mudah dapat pelbagai jenis pinjaman hingga yang tak masuk akal, menyebabkan saya terikat dengan hutang. Syukurlah saya tidak terlajak jauh dengan pujuk rayu tawaran duit cash dan kad-kad kredit. Ini menjadikan saya sangat berhati-hati sebelum membuat apa-apa pinjaman. Syukur hampir mencapai sasaran bebas hutang pertengahan 2015 ini. Alhamdulillah... perlu kerja kuat dan kejituan hati.

Pinjaman perniagaan yang ditawarkan bank-bank atau pelbagai agensi, adalah untuk meluaskan perniagaan. BUKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN! jangan biarkan anda dibebani hutang pada masa akan datang, cuba potensi perniagaan kecil-kecilan dahulu.... itulah yang saya lakukan.

Mungkin ada yang berpendapat, perniagaan yang gah mestilah dimulakan dengan imej yang hebat dan korporat seperti ruang pejabat lengkap, pekerja yang beruniform, dan banyak lagi hal-hal berkaitan imej syarikat. Saya akui ia penting, tapi boleh dikemudiankan...kerana saya tidak mempunyai modal yang maha hebat seperti itu untuk mengadakan semua serba lengkap. Jadi saya dahulukan mana yang major... tambahan pula saya tidak sanggup menanggung risiko beban hutang sekiranya perniagaan gagal.

Berbalik kepada modal mengusahakan FarmBerry, permulaannya saya tuliskan kertas kerja projek ini secara ringkas supaya dapat bayangan modal yang diperlukan. Antaranya :

1. Pendaftaran Syarikat
2. Pajakan tanah kandang
3. Bahan-bahan membuat kandang
4. Upah membuat kandang
5. Kambing & Bebiri
6. Kos makanan ternakan
7. Peti sejuk 350liter
7. etc..bla..bla..bla...

Lebih kurang beginilah yang saya catatkan. Syukurlah ada beberapa perkara yang saya dapat skip dari modal iaitu pajakan tanah dan upah membuat kandang. Partner saya brsetuju untuk mengusahakan FarmBerry di atas tanahnya dan dia sendiri akan bertukang membuat kandang. Jadi saya sudah jimat banyak disitu! Tambahan pula kandang ini dibina dihadapan rumah partner. Jadi tidak perlu bimbangkan keselamatan produk dicuri.

Kos pertama ialah untuk membuat kandang...Lebih kurang sebulan masa untuk kandang ini siap menerima ternakan. Size kecil 20x18 kaki yang boleh memuatkan maksimum 25 ke 30 ekor kambing dalam 1 masa. Kandang ini dibina menggunakan kayu terpakai yang masih berkualiti dan dibeli pada kuantiti mencukupi. Setelah siap, dan kami mula memasukkan kambing, beberapa rakan penternak menyarankan agar memasang pagar.

Kami mula memasang pagar dan kos baru dikeluarkan. Kosa pembinaan kandang siap berpagar adalah sekitar 4k lebih sahaja. Percaya atau tidak... itulah kos yang saya keluarkan. Setelah siap berpagar, tercetus pula idea untuk mejadikan FarmBerry ni sebuah kandang bertemakan taman yang comel dan bersih! Usaha ke arah itu sedang giat dijalankan perlahan-lahan. Bagi memastikan kandang FarmBerry nampak comel, kami memilih kambing dari jenis Boer yang tidak berbau hamis dan besar selain bulunya bersih untuk diletakkan di sini. Jenis kambing yang berbau hamis seperti kambing kampung, kami simpan dibelakang bengkel. Ada permintaan, baru dikeluarkan. Sedikit kejam di situ....


Gelung pagar yang dibeli... dan dipasang sendiri oleh saya dan partner. Agak hangus kulit ketika itu selepas 4 hari menyiapkan pagar di sekeliling kandang.


Sebahagian stok ternakan yang sudah tiba. Welcome to FarmBerry katanya....

Terbaru, kami menternak bebiri jenis Blackbelly yang mempunyai fizikal seperti seekor kancil dan kangaroo. Sangat comel! Walaupun harganya 2 ekor mencecah ribuan... terpaksa juga sebab hati dah tertawan dengan kecomelan Blackbelly :P


Inilah dia spesis BlackBelly dari Australia... tersangat comel...! baby dia lagi comel...


Terima Kasih

Pemilihan Nama Syarikat - FarmBerry



Sebelum anda mendaftarkan nama syarikat, sebaiknya pertimbangkan beberapa nama yang komersial kerana jika nama yang anda idamkan sudah didaftarkan oleh orang lain, tidak boleh digunakan lagi. Sedikit tips yang saya dapat dari pembacaan buku dan beberapa website, penggunaan Enterprise agak ketinggalan pada era sekarang dan tidak melambangkan 'gah' sesuatu nama. Memanglah ada yang akan kata gah atau tidak bukan pada nama..tapi pada keuntungan yang diperoleh kan? Benar..tapi apa salahnya kita memilih nama yang sesuai dengan perniagaan dan jiwa yang baru nak run bisnes ni...ye tak? Paling tidak bila nak sebut nama company sendiri..kita yakin dan kembang kempis idung :P

Berbalik kepada nama company yang saya pilih, peringkat permulaan memang banyak juga nama-nama dalam idea ni, selepas ditulis, saya dan partner bersetuju tanpa bantahan - FarmBerry. 

Gabungan 'Farm' dan 'Berry'

Kenapa? Kenapa bukan Agro Farm, Mr.Cupid Farm, GoatFarm atau gabungan nama saya dan partner? Bagi saya, gabungan nama adakala berbunyi pelik jika tak kena pada gabungan, lagi pula kalau ada masalah dimasa akan datang antara partner, akan beri kesan kepada perniagaan secara langsung. betul tak?

Nama ini dipilih berdasarkan ciri-ciri:

1. Length of Bussiness Name : sangat baik kerana kurang dari 6 karakter. Lebih pendek lebih tinggi signifikan value.

2. Market Value & Potential of Company Name : aunthenticity yang agak tinggi, sebutan dan perkataan yang jelas dan sesuai dengan environment perniagaan (ladang,.kandang..etc)

3. Linguistic Value : nama domain yang mudah disebut dan mudah dieja. Potensi untuk mudah diingat sangat tinggi (ewah...perasan!)

Haa.. jangan marah student2 bisnes kat luar sana sebab saya memandai-mandai je. Inilah hasil dari pembelajaran buku ekspres... Akhirnya nama ini dipilih. 

Kenapa Berry?  Kenapa bukan goat? 

Alasan saya, Berry adalah lambang sesuatu yang masam manis dan buah yang sangat comel. Penggunaan perkatan ini agak catchy dan sesuai dengan pendekatan saya dan partner dalam mengusahakan syarikat. Kami tidak mahu terkejar-kejar untuk capai sesuatu hingga meninggalkan elemen kasih sayang dan keihklasan dalam perniagaan. Kalau saya pilih Goat ... mungkin bisnes ini akan terbatas kepada kambing saja. Siapa tahu pada masa akan datang kami nak menternak haiwan lain..ataupun beralih kepada pertanian pula? Jadi nama FarmBerry sudah cukup melambangkan apa yang diusahakan sekarang dan impian akan datang.








Terima Kasih

Idea Asal Projek Kambing

Bad Weather di tengah laut yang agak panjang menyebabkan terputus talian internet. Banyak update yang belum dapat dikongsikan... Insha Allah saya cuba perlahan-lahan.

Ramai yang inbox saya di facebook, bertanyakan tentang hal berkaitan FarmBerry Network yang mengusahakan kambing, bebiri dan susu. Bagaimana bermula dan macam-macam pertanyaan. Sejujurnya saya masih terlalu hijau untuk berkongsi pencapaian. Kalau setakat kongsi apa yang dilalui sehingga ke hari ni.,.insha allah. Jika dapat beri manfaat kepada bakal-bakal ushawan kambing yang muda belia.. alhamdulillah.

Pendaftaran FarmBerry & Network dibuat pada October 2014 lalu. Peringkat permulaan, saya dan partner bercadang untuk membuat 'trading' kambing dan bebiri untuk aqiqah sahaja. Lebih-lebih lagi kami berdua masih baru dan tidak yakin untuk meninggalkan kerjaya hakiki. Kiranya hanya untuk pendapatan sampingan saja. Apa yang boleh saya katakan, kita hanya merancang, Allah yang tentukan rezeki kita.....

Pembekal demi pembekal dihubungi sejak saya masih bertugas di tengah laut. Komunikasi Whatsapps dan Fb tidak henti dalam usaha ini. Sebaik saja saya menjejakkan kaki di KLIA, terus saya dan partner berjumpa dengan pembekal dan pengimport kambing dari Australia yang pertama dalam senarai. Setelah perbincangan dibuat, kami berfikir-fikir sama ada nak teruskan atau tidak...kenapa? kami dimomokkan dengan kesukaran bidang ternakan dan perniagaan kambing ni..

Semangat tak putus, kami berjumpa lagi dengan beberapa pembekal besar dan sederhana industri ternakan ruminan. Akhirnya ditemukan dengan beberapa individu yang banyak membantu sehingga ke hari ini. Pelan asal untuk membuat trading diluaskan lagi apabila mendapat peluang bekerjasama dengan sebuah 'kandang stok' yang kebetulan tidak jauh dari rumah. Kami membuat keputusan untuk menternak jenis kambing Boer, menjual susu segar dari pemerah susu homemade (tiada bahan kimia) dan menjual kambing untuk tujuan aqiqah.


Alhamdulillah... hingga ke hari ini, FarmBerry Network mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun belum 4 minggu dibuka, kami mampu tersenyum dan tambah bersemangat untuk meneruskannya. Semoga lebih ramai usahawan muda menceburkan diri dalam bidang ini dan menjalankannya dengan ikhlas... kerja itu ibadah bukan? Ayuh.... kita teruskan!


Terima Kasih

20 March 2015

Square Puff Cinta Qaseh...

Berminggu sudah tidak berkongsi resepi. Kesibukan dengan FamBerry membataskan masa menaip. Hari ni saya dah berada di atas kapal...masa terbaik untuk update perkara yang patut dikongsi.

Square puff ni senang sangat dibuat. Kulit puff beli saja di pasaraya. Jenama yang bagus ialah KAWAN. Lembut dan gebu bila dimasak. Harganya RM4.90 di pasaraya SegiFresh. Ada 10 keping dalamnya. Selalu disimpan area kulit popiah.

Kali ni intinya saya gunakan sardine dan cendawan. Tak perlu kita nak uli dan layer2 kan dengan butter. Dah siap kulitnya... letak inti saja.

Tapi kalau xkena temperature bakar ..... memang tak cantik dan tak gebu. Suhu terbaik ialah panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Baru dia kembang cun.... kalau guna pemanggang ajaib jenama EKAN  pun jadi.

Acuan 4 segi ni saya dapat free masa beli pemanggang ajaib dulu.

Selamat mencuba!

Bahan-bahan inti:

1 tin Sardine dihancur kasar
Bawang besar 1 labu dihiris
4 ulas garlic dicincang
Cendawan butang secukupnya diracik.
Sos cili.
Minyak untuk menumis.

Cara-caranya:

Tumis bawang dan garlic sampai naik bau.
Masukkan cili sos dan sardine yang dibuang kuah.
Renihkan dan sejukkan.
Siap untuk dibuat inti puff.
Untuk hiasan boleh tabur rosemary ke.. bay leave ke..


Terima Kasih

13 March 2015

Menang Hadiah Dengan Hanya KOMEN di Contest & Giveaways Chef Obie

Berita baik kepada blogger-blogger dan peminat dunia masakan di luar sana. Anda mungkin berpeluang memenangi pelbagai hadiah dengan menyertai Contest & Giveaway Chef Obie. Bagi anda yang belum mengenalinya, beliau adalah selebriti chef yang sudah muncul dengan beberapa buah buku masakan sendiri, menghiasi majalah-majalah masakan arus perdana seperti SAJI, AROMA, Mingguan Wanita dan lain-lain. Beliau juga muncul untuk siaran RTM1 dan TV3 ( Wanita Hari Ini). Contest Giveaway ini dibuat sempena dengan pengunjung blog yang sudah mencapai sasaran lebih dari 1 juta.


Pelbagai hadiah disediakan seperti peralatan memasak, pelbagai majalah masakan terkini, kad top-up Hotlink, pelbagai jenis voucher dan sebagainya. Penaja juga tak kurang hebat seperti syarikat-syarikat penerbitan, restoran terkemuka, pengusaha ternakan dan ramai lagi. 

Bagaimana cara menyertainya?

Sangat mudah. Anda hanya perlu menjawab soalan di bahagian komen (catat ulasan) dan sertakan email anda. 

Tidak perlu post entri!!! Hanya jawab diruang komen. Itu saja. jadi bagi anda yang tidak mempunyai blog juga berpeluang besar untuk menang hadiah!! 

Contest Giveaway ini berlangsung selama sebulan bermula 9.3.2015 ini. Setiap minggu akan diberi soalan mudah. Minggu pertama baru bermula! Ayuh boleh click sini untuk terus menjawab soalan minggu ini  Contest & Giveaway Chef Obie



Terima Kasih

12 March 2015

Permohonan Tanah Ternakan MARDI

Hari ini sudah masuk minggu kedua FarmBerry memulakan perniagaan secara rasmi. Ewah... macam besar-besar pula. Sejujurnya bisnes ni secara kecil-kecilan dan lega sangat sebab berjalan lancar. Permintaan kambing buat masa ni menggalakkan.. minggu pertama saja 3 ekor kambing dijual...alhamdulillah.. mungkin sangat kecil bagi usahawan kambing yang senior. Namun untuk usahawan baru yang hijau sangat-sangat ia amat memberi lebih motivasi. Lebih-lebih lagi dijual sebelum promosi giat berjalan.. target saya ialah tidak kurang 4 ekor sebulan. Bukannya apa... tidak mahu tertekan dengan target yang keterlaluan. Kandang comel kami boleh memuatkan 25 ekor kambing saja dalam satu masa. Buat masa sekarang jumlah kambing belum dimaksimumkan atas sebab belum berkeupayaan menjaga ternakan dalam jumlah banyak.

Buat masa ini saya tidak menanggung risiko kerugian jika jualan hanya seekor kambing saja. Bagaimana? Nanti saya jelaskan dalam entri lain.

Peringkat permulaan, saya bercadang untuk membuat trading ternakan saja. Memandangkan bisnes dibuat separuh masa oleh saya dan partner. Setelah mengambil kira banyak faktor terutama kos dan kesanggupan, kami berdua mengambil keputusan untuk menternak dan pada masa yang sama membuat trading kambing. Syukur dipertemukan dengan rakan bisnes yang jujur, diberi peluang invest di kandang stok yang lebih besar di Salak Tinggi, Selangor. Stok kambing diletakkan di sana.. lebih2 lagi kandang FarmBerry sekarang terletak di kawasan rumah kampung. Banyak sangat kambing nanti timbul pula masalah lain dengan jiran tetangga.

Tentang masalah belum mempunyai tanah, saya mengambil peluang yang ditawarkan pihak MARDI. Memohon tanah ternakan melalui program agoprenuer muda yang sudah diperkenalsetahun atau dua tahun lalu kalau tak silap. Semoga ada peluang dan harapan untuk diterima permohonan ini.

Tiada yang mustahil dalam mencari rezeki halal. Tepuk dada tanya selera... saya masih mencari dan menambah ilmu dunia ternakan ini dari segenap cara. 


Oh ya.. di bawah ini adalah papan tanda yang siap dipasang seminggu yang lalu. Design yang agak comel ni memang saya suka sangat... sesuai dengan imej yang dibawakan.. bersih dan segar.. sekali sekala keluar dari patern typical signboard kandang kambing apa salah nya kan... hihihihi..


Terima Kasih

03 March 2015

Terjun ke bidang ternakan kambing

Kambing oh kambing.....

Tidak sukar membuat keputusan untuk terjun dalam bidang ternakan kambing. Cuma menjalaninya.. merealisasikannya... mendepaninya... sangat mencabar bagi saya yang 0-0 tentang kambing. Kiranya kalau ada kambing dilepas saya akan lari jauh bimbang ditanduk!

Cabaran utama nak mulakan projek ialah saya tak miliki tanah dan tidak ada modal besar. Setelah study segenap segi... strategi dizahirkan atas kertas kerja konon2.. satu persatu hal dari urusan daftar syarikat, pembinaan kandang sampailah urusan jual beli bermula. Alhamdulillah semua berjalan lancar berkat usaha, doa mak abah dan kesabaran.

Kenapa kambing?

Begini .... sebelum ini saya ada bela 3 ekor kambing dengan cousin merangkap bff. Dialah yang jaga sepenuhnya. Saya cuma melawat dan manja-manjakan bila petang. Maklumlah.. dibesarkan di tengah bandar, belajar dan bekerja di negara orang menjadikan ternakan ini perkara yang sangat janggal dan tak terfikir. Tak sampai 3 minggu... kambing-kambing semua dah dijual tanpa pengetahuan saya. Kami pun mula survey pasaran harga dan permintaan kambing di sekitar kawasan. Setelah berpuas hati dan yakin, keputusan yang tidak sukar dibuat. Tambahan pula cousin saya memang dah terbiasa dengan habitat kambing ni... nabi SAW pun mengembala kambing kan.. semua bisnes ada risiko tersendiri tapi dengan kambing ni selain bisnes..ada kepuasan tersendiri.

Saya dan cousin (imm) berkongsi untuk mulakan bisnes. Peringkat awal kami bercadang untuk jadi trader kambing melalui networking yang telah dibuat bersama penternak2 otai... tapi proses demi proses dijalani, kami buat keputusan untuk ternak pula. Walaupun menternak, saya dan imm tidak perlu tinggalkan kerjaya hakiki buat masa ini. Mungkin sampai masanya kami akan fokus sepenuhnya nanti. Insha Allah.

Imm masih bertugas secara shift di Westport Klang dan saya pula masih bertugas di offshore dalam dan luar Malaysia. Kandang kami yang comel tidak perlu pantauan sekuriti 24jam kerana dibina dihadapan rumah imm!

Masalah bau busuk?? Tidak. Ada petua dan perkara yang kami lakukan untuk mengurangkan bau hamis dan menghilangkan bau busuk tahi kambing. Tunggu entri seterusnya ya.


Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati