27 March 2015

Idea Asal Projek Kambing

Bad Weather di tengah laut yang agak panjang menyebabkan terputus talian internet. Banyak update yang belum dapat dikongsikan... Insha Allah saya cuba perlahan-lahan.

Ramai yang inbox saya di facebook, bertanyakan tentang hal berkaitan FarmBerry Network yang mengusahakan kambing, bebiri dan susu. Bagaimana bermula dan macam-macam pertanyaan. Sejujurnya saya masih terlalu hijau untuk berkongsi pencapaian. Kalau setakat kongsi apa yang dilalui sehingga ke hari ni.,.insha allah. Jika dapat beri manfaat kepada bakal-bakal ushawan kambing yang muda belia.. alhamdulillah.

Pendaftaran FarmBerry & Network dibuat pada October 2014 lalu. Peringkat permulaan, saya dan partner bercadang untuk membuat 'trading' kambing dan bebiri untuk aqiqah sahaja. Lebih-lebih lagi kami berdua masih baru dan tidak yakin untuk meninggalkan kerjaya hakiki. Kiranya hanya untuk pendapatan sampingan saja. Apa yang boleh saya katakan, kita hanya merancang, Allah yang tentukan rezeki kita.....

Pembekal demi pembekal dihubungi sejak saya masih bertugas di tengah laut. Komunikasi Whatsapps dan Fb tidak henti dalam usaha ini. Sebaik saja saya menjejakkan kaki di KLIA, terus saya dan partner berjumpa dengan pembekal dan pengimport kambing dari Australia yang pertama dalam senarai. Setelah perbincangan dibuat, kami berfikir-fikir sama ada nak teruskan atau tidak...kenapa? kami dimomokkan dengan kesukaran bidang ternakan dan perniagaan kambing ni..

Semangat tak putus, kami berjumpa lagi dengan beberapa pembekal besar dan sederhana industri ternakan ruminan. Akhirnya ditemukan dengan beberapa individu yang banyak membantu sehingga ke hari ini. Pelan asal untuk membuat trading diluaskan lagi apabila mendapat peluang bekerjasama dengan sebuah 'kandang stok' yang kebetulan tidak jauh dari rumah. Kami membuat keputusan untuk menternak jenis kambing Boer, menjual susu segar dari pemerah susu homemade (tiada bahan kimia) dan menjual kambing untuk tujuan aqiqah.


Alhamdulillah... hingga ke hari ini, FarmBerry Network mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun belum 4 minggu dibuka, kami mampu tersenyum dan tambah bersemangat untuk meneruskannya. Semoga lebih ramai usahawan muda menceburkan diri dalam bidang ini dan menjalankannya dengan ikhlas... kerja itu ibadah bukan? Ayuh.... kita teruskan!


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati