29 March 2015

Medical Practitioner atau Usahawan kambing ?


March ni genaplah 10 tahun dalam dunia perubatan.. baik klinik, hospital, jabatan kesihatan dan kolej swasta. Alhamdulillah... kudrat, ilham dan segala yang Allah kurniakan dimanfaat sebaiknya. Sejak akhir-akhir ni minat mula berubah.. Betullah kata orang, manusia berubah sekelip mata! Perubahan positif perlu diteruskan.

Tidak banyak masa diambil untuk melangkah ke dunia baru. Asyik dalam dunia perniagaan ternakan, menjadi majikan kepada diri sendiri ternyata memberi kepuasan yang berbeza. Adakala terasa ingin menghabiskan sepenuh masa dalam bidang ini. Pedulikan kata-kata nista orang, yang penting kejujuran dan keikhlasan dalam mencari rezeki.

Buat masa sekarang, saya masih membahagikan masa untuk kerjaya profesional dan minat mendalam membina kerjaya sebagai Usahawan kambing. Banyak ruang diterjah untuk mendapatkan ilmu. Saya yakin ilmu perlu dikutip daripada sesiapa saja. Bukan tamak, sebaliknya peluang mencari rezeki terbuka luas, dengan usaha dan kegigihan pasti ada jalannya.



Benar, bukan mudah untuk menerobos liku-liku dunia perniagaan. Permulaannya saja ada saja dugaan yang mampu melemahkan semangat kalau tak ditangani sebaiknya. Syukurlah ada insan-insan terbaik yang menyokong.

Mungkin juga saya tidak perlu memilih antara dua kerjaya? Teruskan keduanya selagi terdaya... atau perlu meninggalkan satunya. Segalanya masih menjadi rahsia Allah dan saya hanya perlu jalani dan terus berjalan...dan berlari!

Semoga segala usaha membawa keberkatan :)

Amin.


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati