27 March 2015

Modal Mulakan Bisnes Kambing

Bila ditanya tentang modal perniagaan, adakala susah untuk beri jawapan tepat. Sebab ada saja perkara-perkara yang menambah kos ..modal pun jadi tinggi.

Banyak peluang bantuan perniagaan dari pihak bank dan agensi kerajaan kepada usahawan-usahawan muda belia remaja yang berminat dalam bidang perniagaan ternakan dan pertanian. Sejujurnya saya cuba mengelakkan diri dari memulakan perniagaan dengan pinjaman.

Pengalaman berkhidmat di sektor kerajaan dan menjadi sahabat baik bank kerana mudah dapat pelbagai jenis pinjaman hingga yang tak masuk akal, menyebabkan saya terikat dengan hutang. Syukurlah saya tidak terlajak jauh dengan pujuk rayu tawaran duit cash dan kad-kad kredit. Ini menjadikan saya sangat berhati-hati sebelum membuat apa-apa pinjaman. Syukur hampir mencapai sasaran bebas hutang pertengahan 2015 ini. Alhamdulillah... perlu kerja kuat dan kejituan hati.

Pinjaman perniagaan yang ditawarkan bank-bank atau pelbagai agensi, adalah untuk meluaskan perniagaan. BUKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN! jangan biarkan anda dibebani hutang pada masa akan datang, cuba potensi perniagaan kecil-kecilan dahulu.... itulah yang saya lakukan.

Mungkin ada yang berpendapat, perniagaan yang gah mestilah dimulakan dengan imej yang hebat dan korporat seperti ruang pejabat lengkap, pekerja yang beruniform, dan banyak lagi hal-hal berkaitan imej syarikat. Saya akui ia penting, tapi boleh dikemudiankan...kerana saya tidak mempunyai modal yang maha hebat seperti itu untuk mengadakan semua serba lengkap. Jadi saya dahulukan mana yang major... tambahan pula saya tidak sanggup menanggung risiko beban hutang sekiranya perniagaan gagal.

Berbalik kepada modal mengusahakan FarmBerry, permulaannya saya tuliskan kertas kerja projek ini secara ringkas supaya dapat bayangan modal yang diperlukan. Antaranya :

1. Pendaftaran Syarikat
2. Pajakan tanah kandang
3. Bahan-bahan membuat kandang
4. Upah membuat kandang
5. Kambing & Bebiri
6. Kos makanan ternakan
7. Peti sejuk 350liter
7. etc..bla..bla..bla...

Lebih kurang beginilah yang saya catatkan. Syukurlah ada beberapa perkara yang saya dapat skip dari modal iaitu pajakan tanah dan upah membuat kandang. Partner saya brsetuju untuk mengusahakan FarmBerry di atas tanahnya dan dia sendiri akan bertukang membuat kandang. Jadi saya sudah jimat banyak disitu! Tambahan pula kandang ini dibina dihadapan rumah partner. Jadi tidak perlu bimbangkan keselamatan produk dicuri.

Kos pertama ialah untuk membuat kandang...Lebih kurang sebulan masa untuk kandang ini siap menerima ternakan. Size kecil 20x18 kaki yang boleh memuatkan maksimum 25 ke 30 ekor kambing dalam 1 masa. Kandang ini dibina menggunakan kayu terpakai yang masih berkualiti dan dibeli pada kuantiti mencukupi. Setelah siap, dan kami mula memasukkan kambing, beberapa rakan penternak menyarankan agar memasang pagar.

Kami mula memasang pagar dan kos baru dikeluarkan. Kosa pembinaan kandang siap berpagar adalah sekitar 4k lebih sahaja. Percaya atau tidak... itulah kos yang saya keluarkan. Setelah siap berpagar, tercetus pula idea untuk mejadikan FarmBerry ni sebuah kandang bertemakan taman yang comel dan bersih! Usaha ke arah itu sedang giat dijalankan perlahan-lahan. Bagi memastikan kandang FarmBerry nampak comel, kami memilih kambing dari jenis Boer yang tidak berbau hamis dan besar selain bulunya bersih untuk diletakkan di sini. Jenis kambing yang berbau hamis seperti kambing kampung, kami simpan dibelakang bengkel. Ada permintaan, baru dikeluarkan. Sedikit kejam di situ....


Gelung pagar yang dibeli... dan dipasang sendiri oleh saya dan partner. Agak hangus kulit ketika itu selepas 4 hari menyiapkan pagar di sekeliling kandang.


Sebahagian stok ternakan yang sudah tiba. Welcome to FarmBerry katanya....

Terbaru, kami menternak bebiri jenis Blackbelly yang mempunyai fizikal seperti seekor kancil dan kangaroo. Sangat comel! Walaupun harganya 2 ekor mencecah ribuan... terpaksa juga sebab hati dah tertawan dengan kecomelan Blackbelly :P


Inilah dia spesis BlackBelly dari Australia... tersangat comel...! baby dia lagi comel...


Terima Kasih

1 comment:

bazli umar said...

blog yang menarik dan mudah untuk difahami .satu persoalan dari sya adalah berapak kos bagi pajakan tanah gadai itu dan apakah prosedurnya . perlukah kita membeli tanah sendiri.

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati