12 March 2015

Permohonan Tanah Ternakan MARDI

Hari ini sudah masuk minggu kedua FarmBerry memulakan perniagaan secara rasmi. Ewah... macam besar-besar pula. Sejujurnya bisnes ni secara kecil-kecilan dan lega sangat sebab berjalan lancar. Permintaan kambing buat masa ni menggalakkan.. minggu pertama saja 3 ekor kambing dijual...alhamdulillah.. mungkin sangat kecil bagi usahawan kambing yang senior. Namun untuk usahawan baru yang hijau sangat-sangat ia amat memberi lebih motivasi. Lebih-lebih lagi dijual sebelum promosi giat berjalan.. target saya ialah tidak kurang 4 ekor sebulan. Bukannya apa... tidak mahu tertekan dengan target yang keterlaluan. Kandang comel kami boleh memuatkan 25 ekor kambing saja dalam satu masa. Buat masa sekarang jumlah kambing belum dimaksimumkan atas sebab belum berkeupayaan menjaga ternakan dalam jumlah banyak.

Buat masa ini saya tidak menanggung risiko kerugian jika jualan hanya seekor kambing saja. Bagaimana? Nanti saya jelaskan dalam entri lain.

Peringkat permulaan, saya bercadang untuk membuat trading ternakan saja. Memandangkan bisnes dibuat separuh masa oleh saya dan partner. Setelah mengambil kira banyak faktor terutama kos dan kesanggupan, kami berdua mengambil keputusan untuk menternak dan pada masa yang sama membuat trading kambing. Syukur dipertemukan dengan rakan bisnes yang jujur, diberi peluang invest di kandang stok yang lebih besar di Salak Tinggi, Selangor. Stok kambing diletakkan di sana.. lebih2 lagi kandang FarmBerry sekarang terletak di kawasan rumah kampung. Banyak sangat kambing nanti timbul pula masalah lain dengan jiran tetangga.

Tentang masalah belum mempunyai tanah, saya mengambil peluang yang ditawarkan pihak MARDI. Memohon tanah ternakan melalui program agoprenuer muda yang sudah diperkenalsetahun atau dua tahun lalu kalau tak silap. Semoga ada peluang dan harapan untuk diterima permohonan ini.

Tiada yang mustahil dalam mencari rezeki halal. Tepuk dada tanya selera... saya masih mencari dan menambah ilmu dunia ternakan ini dari segenap cara. 


Oh ya.. di bawah ini adalah papan tanda yang siap dipasang seminggu yang lalu. Design yang agak comel ni memang saya suka sangat... sesuai dengan imej yang dibawakan.. bersih dan segar.. sekali sekala keluar dari patern typical signboard kandang kambing apa salah nya kan... hihihihi..


Terima Kasih

1 comment:

Time Traveller said...

Tahniah ternakan makin maju.. insyallah ada masa nak mai dtg ziarah :D

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati