29 March 2015

Rempah Manis Kambing Cintahati




Antara yang best bertugas di tengah laut ialah bila dikelilingi crew dapur yang tak lokek ilmu mengajar dan diajar, hhihihihihi.... lagi best bila boleh masak sendiri dan tunjuk skill lawan taukeh!

Kali ni saya nak kongsikan resepi kambing yang sangat lazat dan sedap yummylicious! Kali ni daging ni dimasak dengan petua-petua chef. Rupa-rupanya selama ni saya masak kambing ada tersilap step yang menyebabkan dagingnya liat!

Jom!

Rempah Manis Kambing Cintahati

Bahan-bahannya:

5kg Daging kambing dibersihkan.

Bahan kisar
3 labu bawang besar
1 labu bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas

2 sudu serbuk jintan manis
2 sudu serbuk jintan putih
2 sudu serbuk ketumbar
4 sudu serbuk cili (nak pedas boleh letak lebih)

2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
Kerisik dari 2 biji kelapa
Kicap manis (untuk warna gelap)

Caranya :

1. Tumiskan bahan yang diblend hingga naik bau dan pecah minyak.

2. Masukkan daging kambing, kacau rata dan biarkan hingga keluar air dan empuk.

3. Buang air yang keluar dari daging, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. masak lagi hingga keluar air daging.

4. Apabila daging sudah mula kering, masukkan serbuk-serbuk di atas tadi. gaul rata dan masak lagi hingga sedikit kering.

5. Letakkan garam dan gula melaka (untuk rasa manis yang syok!).

6. Akhir sekali masukkan kerisik dan kicap manis. Biarkan seketika sebelum api ditutup. Siap!


Mudah bukan?  Sedikit tips untuk anda :

1. Jangan letakkan air semasa memasak daging kambing kerana ia akan menyebabkan daging menjadi keras.

2. Rempah ratus dalam bentuk serbuk lagi mudah diserap daging, dan diletak pada akhir masakan supaya rasanya menyerap dan tidak terbuang bersama air daging semasa memasak.


p/s : Berangan nak offer menu nie untuk customer yang nak order daging aqiqah siap masak!


Terima Kasih

1 comment:

Muhammad Shahril said...

singgah sini ! jom singgah blog shahril plk .

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati