03 March 2015

Terjun ke bidang ternakan kambing

Kambing oh kambing.....

Tidak sukar membuat keputusan untuk terjun dalam bidang ternakan kambing. Cuma menjalaninya.. merealisasikannya... mendepaninya... sangat mencabar bagi saya yang 0-0 tentang kambing. Kiranya kalau ada kambing dilepas saya akan lari jauh bimbang ditanduk!

Cabaran utama nak mulakan projek ialah saya tak miliki tanah dan tidak ada modal besar. Setelah study segenap segi... strategi dizahirkan atas kertas kerja konon2.. satu persatu hal dari urusan daftar syarikat, pembinaan kandang sampailah urusan jual beli bermula. Alhamdulillah semua berjalan lancar berkat usaha, doa mak abah dan kesabaran.

Kenapa kambing?

Begini .... sebelum ini saya ada bela 3 ekor kambing dengan cousin merangkap bff. Dialah yang jaga sepenuhnya. Saya cuma melawat dan manja-manjakan bila petang. Maklumlah.. dibesarkan di tengah bandar, belajar dan bekerja di negara orang menjadikan ternakan ini perkara yang sangat janggal dan tak terfikir. Tak sampai 3 minggu... kambing-kambing semua dah dijual tanpa pengetahuan saya. Kami pun mula survey pasaran harga dan permintaan kambing di sekitar kawasan. Setelah berpuas hati dan yakin, keputusan yang tidak sukar dibuat. Tambahan pula cousin saya memang dah terbiasa dengan habitat kambing ni... nabi SAW pun mengembala kambing kan.. semua bisnes ada risiko tersendiri tapi dengan kambing ni selain bisnes..ada kepuasan tersendiri.

Saya dan cousin (imm) berkongsi untuk mulakan bisnes. Peringkat awal kami bercadang untuk jadi trader kambing melalui networking yang telah dibuat bersama penternak2 otai... tapi proses demi proses dijalani, kami buat keputusan untuk ternak pula. Walaupun menternak, saya dan imm tidak perlu tinggalkan kerjaya hakiki buat masa ini. Mungkin sampai masanya kami akan fokus sepenuhnya nanti. Insha Allah.

Imm masih bertugas secara shift di Westport Klang dan saya pula masih bertugas di offshore dalam dan luar Malaysia. Kandang kami yang comel tidak perlu pantauan sekuriti 24jam kerana dibina dihadapan rumah imm!

Masalah bau busuk?? Tidak. Ada petua dan perkara yang kami lakukan untuk mengurangkan bau hamis dan menghilangkan bau busuk tahi kambing. Tunggu entri seterusnya ya.


Terima Kasih

5 comments:

Haryani Mohd said...

Wah bagus ni perusahaan kambing. Perlukan kesabaran dan kegigihan.

Semoga terus maju :D

Najib Ariyan said...

sayang bangga betul... kalau lah saya ada tanah ni nanti saya nak belajar juga cemana ternak kambing... tapi saya lebih suka kalau dapat ternah haiwan2 eksotik macam ayam belanda atau angsa atau itik yang kurang popular di kalangan orang2 melayu tapi ada pasaran besar di kalangan bukan melayu... tak susah tau bela itik tapi dia kuat sama macam bela kambing tak susah sebab kambing ni kuat...

Adam Fahmy said...

Terima kaaih Haryani untuk sokongan.. insha allah.. amin.

Adam Fahmy said...

Terima kasih najib.. hebat idea tu.. kalau ada pasaran, tempat dan ada modal yang cukup pasti boleh.. tentang kambing ni memang kuat tapi bila sakit.. hadoi.. hihihi.. boleh tahan kos ke veterinar. Setakat ni semua berjalan dgn baik. Terima kasih ya utk sokongan... happy.

Time Traveller said...

Saya pun mempunyai cita2 yang sama.. salam perkenalan jumpa kat Maha 2016 baru2 nie.. ;D

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati