02 January 2016

Pakej Aqiqah dari FarmBerry


Ha..... untuk kali pertamanya saya post flyers FarmBerry kat personal blog. Setelah beberapa bulan on/off update blog gara-gara kesibukan menguruskan FarmBerry, pembuka 2016 ni saya target untuk maintain momentum blogging seperti tahun sebelumnya. Insha Allah...

Berita baik kepada followers yang nak buat ibadah aqiqah... semua info ada kat atas ni. Penjualan kambing hidup pun ada dengan harga istimewa. Sehingga hari ni.... pelanggan adalah dari sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka. Bolehlah hello-hello Mr Cupid kat 0127241433.. whatsapps pun ok! 

Kalau nak print dan design flyers dengan harga special murah (ni paling murah setelah survey banyak tempat di KL dan lain-lain), quality memang best... design sampai jadi.. glossy art paper lagi tau.. kertas licin yang best tu! Nanti saya post dalam entri seterusnya. Mesti terpukau mata anda dengan quality dan harga yang ditawarkan... ok bye!


Terima Kasih

Resepi Ayam Pandan Paling Senang dan Sedap!


Petang semalam tengok-tengok belakang rumah, ada rumpun daun pandan yang akan diclearkan bagi tujuan pembersihan rumah sempena 2016 yg baru bermula nih.., Terfikir sekejap apa boleh buat dengan daun pandan yang banyak nih.... haaa  kebetulan tengah rajin.. saya pun buatlah ayam pandan ala-ala yang kita makan kat restoran .. senang dan dijamin sedap!

Ayam Pandan ala Mr.Cupid

1/2 ekor ayam (ambil bahagian yang bertulang lagi sedap dipotong kecil sedikit)

Bahan dikisar:

2 batang serai
1 inci halia
1 labu bawang putih
1 sudu lada putih (ikut suka)
3 sudu besar cuka masakan
5 tangkai cili padi
3 sudu minyak masak
2 sudu minyak bijan
garam dan serbuk stok ayam sesudu dua...

Cara membuatnya :



1. Blend semua bahan kisar dan perap dengan ayam.
2. Balut dalam daun pandan, sehelai untuk seketul atau sebesar 2 kotak mancis.
3. Perap 2 jam atau lebih sebelum digoreng.

Bila dah siap.... jadi macam gambar bawah ni. Ayam pandan yang sempat saya snap.... sebelum habis licin!


P/s: Goreng hingga kuning..terlalu garing nanti tak sedap ya...


Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati