02 January 2016

Resepi Ayam Pandan Paling Senang dan Sedap!


Petang semalam tengok-tengok belakang rumah, ada rumpun daun pandan yang akan diclearkan bagi tujuan pembersihan rumah sempena 2016 yg baru bermula nih.., Terfikir sekejap apa boleh buat dengan daun pandan yang banyak nih.... haaa  kebetulan tengah rajin.. saya pun buatlah ayam pandan ala-ala yang kita makan kat restoran .. senang dan dijamin sedap!

Ayam Pandan ala Mr.Cupid

1/2 ekor ayam (ambil bahagian yang bertulang lagi sedap dipotong kecil sedikit)

Bahan dikisar:

2 batang serai
1 inci halia
1 labu bawang putih
1 sudu lada putih (ikut suka)
3 sudu besar cuka masakan
5 tangkai cili padi
3 sudu minyak masak
2 sudu minyak bijan
garam dan serbuk stok ayam sesudu dua...

Cara membuatnya :



1. Blend semua bahan kisar dan perap dengan ayam.
2. Balut dalam daun pandan, sehelai untuk seketul atau sebesar 2 kotak mancis.
3. Perap 2 jam atau lebih sebelum digoreng.

Bila dah siap.... jadi macam gambar bawah ni. Ayam pandan yang sempat saya snap.... sebelum habis licin!


P/s: Goreng hingga kuning..terlalu garing nanti tak sedap ya...


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati