11 April 2016

Kambing sebagai pets?


Ternyata bukan mudah untuk melakukan banyak kerja dalam satu masa. Sejak mula fokus kepada FarmBerry, hampir terlupa berblogging. Terima kasih sangat-sangat kepada follower yang juga friend facebook , private message supaya terus berblogging. Selagi ada pembaca, insha allah saya akan menulis entri perlahan-lahan.

Ok, entri kali ni saya nak kongsikan tentang spesis bebiri comel yang dijadikan pets seperti kucing etc. Memang comel! nama spesis ni BlackBelly (bahagian bawah tubuh keseluruhan perut berwarna hitam). Spesis ni tidak berbau hamis atau busuk seperti kambing kampung. Lagi seronok bila dilepaskan, ia akan melompat riang dan macam-macam karenah menghiburkan. Penjagaan pun mudah dan jarang sakit. Spesis ni berasal dr Brazil yang dibawa ke sini.


Keluarga BlackBelly yang meriah!!

Hari demi hari, saya melangkah lebih yakin bidang yang dipilih sebagai separuh masa atau suka-suka ini. Insha allah ia mampu menjadi sumber pendapatan kukuh. Tambah gembira apabila selepas setahun beroperasi, FarmBerry juga sudah mampu menggajikan pekerja. Alhamdulillah... walaupun tanpa pinjaman kewangan, mampu tersenyum dengan hasilnya.



Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati