14 December 2016

Gamatnye MAHA 2016!!!

Dah bersemut blog Mr.Cupid nih.... gara-gara kesibukan dengan macam2 hal. Alhamdulillah.... tempoh setahun 9 bulan FarmBerry beroperasi.. dah melangkah ke depan lagi dengan penyertaan sebagai jemputan di MAHA 2016. Banyak perkongsian pengalaman dengan otai ternakan, ceduk ilmu dan detik-detik manis yang diperoleh sepanjang 11 hari berkampung di MAEPS, Serdang.

Kemain briefing kt foreigner officer... nak ikut balik Afrika boley???

Paling best bila berjumpa belia yang berminat dengan bidang ternakan... maklumlah kebanyakan syarikat ternakan dipelopori perniagaan keturunan, turun temurun.... jadi kepada belia yang kosong-kosong seperti sy dan lain-lain, jalannya agak beronak duri untuk menempatkan diri. Selagi keyakinan pada rezekiNya.. insha allah ada jalan.

Menjeling...menjeling.... sebahagian aksi acah2 takut pengunjung dengan kambing :P

Booth FarmBerry berkongsi dengan sifu dan bff Pembaka Tulen, bersebelahan dengan Burgerbytes by ZizanRazak (senang bagi landmark kat kawan2 dan customer yg nak datang ke booth....). FarmBerry tidak menjual produk di sini sebaliknya mempamerkan baka-baka kambing yang 'rare' dan berkongsi info tentang ternakan. Ada juga live show.... heheeh

Ni bukan aksi dibuat-buat tapi memang tengah usaha memujuk Jamnapari untuk makan... mogok xnak makan pula

Ni lah orang kuat FarmBerry... Mr. Pegasus yang non-stop bla..bla..bla..dengan pengunjung. Good job! Nanti naik gaji eh....

Kita jalan-jalan kejap dengan Jamnapari Polkadot untuk sesi selfie berbayar... boleh tahan juga :P

Penutup MAHA 2016, memang penat ... tapi penat yang berbaloi. Bila angan-angan jadi kenyataan tiada kata-kata dapat disampaikan lagi... :)


Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati