07 June 2017

Si buta itu WANITA TERAGUNG

Genap 46 hari ibu ditempatkan di Hospital Banting. Bermula rawatan di Jabatan Kecemasan, Wad Medical, Wad Orthopedic dan kini 18 hari di ICU (Intensive Care Unit) bertarung dengan jangkitan MDRO - Multidrug-Resistant Organisms dalam paru-paru...sy setia disisi mengabdikan diri untuk insan yg melahirkan dan membentuk jiwa ini. 

Dengan kondisi semasa yg sangat rapuh, (aging, buta, diabetes, hypertension, chronic kidney disease, anaemia dan macam-macam lagi) ia memberi kata dua sama ada meneruskan rawatan yg tiada hala kesembuhan atau melewati akhir nafas dengan tenang dan redha. Agak sukar membuat keputusan terbaik untuk ibu lebih-lebih lagi sebagai medical practitioner. Antara keputusan paling sukar dalam hidup. Segalanya jadi berbagi....

Ramadhan kali ini berbeza kerana diuji sebegini. Ibu adalah segalanya bagi sy. Cinta dan kasih sayangnya menjadi kekuatan. Semangatnya kuat dalam jiwa sy. Mulanya agak sukar menerima kenyataan bahawa ibu akan pergi bila-bila masa. Rasa tak tercukup lagi segala yg terbaik utk ibu telah diberikan. Namun berkat doa dan kemuliaan Ramadhan, sy akhirnya akur bahawa ibu adalah milik Allah. Sekiranya Allah ingin mengambilnya siapalah sy utk menidakkan. Seharusnya sy bersyukur kerana Allah telah meminjamkan ibu kepada sy dan pada saat-saat akhir hayat ibu, sy masih berpeluang berjasa.

Benar, menjalani semua bukanlah semudah penulisan. Sebagai hambaNya kita mesti redha untuk setiap ketentuan. Hingga kini sy masih berpeluang mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran dengan ikhlas dan tenang disisinya, sy masih dapat mengelap wajah dan membersihkan tubuhnya dgn lemah lembut dan kasih sayang, memotong kukunya dan memakaikan wangi-wangian... sy masih mampu membisikkan talkin 'la ilaha illallah' di telinganya, alhamdulillah... banyak yg masih boleh sy lakukan dgn ibu. 

Kasih ibu membawa ke syurga... jatuhnya air mata ini bukanlah tanda tidak redha, tetapi itulah fitrah, itulah jiwa yg ibu tanamkan.

Semoga bulan keberkatan ini memberi keajaiban kepada segala yg berlaku. Aminnn... 



Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati